Utusan Borneo (Sarawak)

KRT DUN Tanjong Batu terima peruntukan MRP

-

BINTULU: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu menerima peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) seperti diminta KRT tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata peruntukan itu bagi membantu KRT dalam pelaksanaa­n pelbagai aktiviti sama seperti peruntukan diberikan kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

“Tahun ini, saya ada beri semua JKKK kawasan Tanjong Batu dengan setiap kampung menerima RM10,000 tetapi peruntukan itu tidak mencukupi dibahagika­n kerana KRT juga memerlukan peruntukan tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Program

Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan 2024 anjuran bersama KRT Kampung Jabai, JKKK Kampung Jabai dan Masjid Darul Islam Kampung Jabai di sini petang kelmarin.

Justeru, beliau memberi peruntukan RM6,000 untuk setiap KRT bukan sahaja di kampung-kampung malah taman-taman terus aktif kerana beliau menyokong aktiviti KRT.

“Sebelum itu, saya ingin menemui semua KRT dan ahli-ahli aktif di semua KRT Tanjong Batu sebelum pemberian peruntukan.

“Saya bersyukur kerana dijemput menyempurn­akan program sempena Ramadan itu serta mengucapka­n tahniah kepada tiga pihak terbabit yang berjaya menjalanka­n program itu,” jelasnya.

Program tersebut memperliha­t kesatuan hati dalam satu pasukan serta berharap dapat diteruskan pada tahun mendatang kerana mampu mengukuhka­n silaturahi­m dalam kalangan penduduk setempat.

Sebanyak 200 bungkus bubur pedas dan bubur cha cha (menggantik­an bubur lambuk) diberikan penduduk Kampung Jabai pada program itu.

Turut hadir Ketua Kaum merangkap Pengerusi KRT dan JKKK Kampung Jabai Johny Jimon, Pegawai Perpaduan Bahagian Bintulu Khairunnis­a Idil, Penolong Pegawai Perpaduan Bintulu Susilia Tini Batholomew, Setiausaha Politik Premier Sarawak Angellie Stephen Raja dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Azman Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia