Utusan Borneo (Sarawak)

2,417 penerima terima sumbangan menerusi Program Sejambak Kasih Aidilfitri

-

KOTA SAMARAHAN: Seramai 2,417 penerima dari bahagian Samarahan menerima sumbangan menerusi Program Sejambak Kasih Aidilfitri di Masjid Al-Muttaqin Bahagian Samarahan.

Sumbangan tersebut telah disampaika­n oleh Timbalan Menteri Kesejahter­aan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam pada majlis simbolik yang dihadiri 150 penerima bantuan bulanan kebajikan bahagian Samarahan.

“Sejambak Kasih Aidilfitri adalah untuk meringanka­n beban kewangan serta menceriaka­n penerima bantuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Ia juga membantu meningkatk­an kualiti hidup di kalangan keluarga yang kurang berkemampu­an,” katanya sewaktu berucap pada majlis berkenaan semalam.

Para penerima membawa pulang hamper bernilai RM80 dan wang tunai RM100 masing-masing. Sementara yang tidak hadir akan didepositk­an wang ke akaun masing-masing.

Pada majlis yang sama, Razi berkata Kerajaan Sarawak melalui program yang dikendalik­an Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah membelanja­kan RM1,662,400 bagi 16,624 penerima untuk 12 bahagian di Sarawak.

Menerusi jumlah itu Kuching mempunyai 4,524 orang penerima, Samarahan (2,486), Serian (349), Sri Aman (734), Betong (2,216), Sarikei (359), Sibu (759), Mukah (2,374), Kapit (98), Bintulu (601), Miri (967) dan Limbang (1,157).

Dalam perkembang­an lain, bermula Januari hingga Februari 2024, JKMS telah menyalurka­n perbelanja­an sebanyak RM42,963,250 untuk 54,040 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak.

“Ini merupakan peruntukka­n bantuan yang paling besar dan pecahan bantuan ini termasuk Bantuan Warga Emas (BWE), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Top Up (Kerajaan Negeri) , Bantuan Am (BA), Elaun

Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Anak Pelihara (BAP) dan Bantuan Belia-Beliawanis (BBB).

Pada masa yang sama, bemula Januari hingga Mac 2024, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan telah menyalurka­n perbelanja­an sebanyak RM1,392,230 untuk 3,582 penerima bantuan bulanan di Samarahan.

 ?? ?? GEMBIRA: Mohamad Akif Mohd Norhaizan, 8, ditemani ibunya Rosma Daud (dua kiri) menerima bantuan kerusi roda sumbangan JKMS yang disampaika­n oleh Razi (empat kiri) pada majlis itu semalam.
GEMBIRA: Mohamad Akif Mohd Norhaizan, 8, ditemani ibunya Rosma Daud (dua kiri) menerima bantuan kerusi roda sumbangan JKMS yang disampaika­n oleh Razi (empat kiri) pada majlis itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia