Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sokong hasrat bantu rakyat menerusi PADU

Ia harus dilakukan dengan berhati-hati bagi elak individu yang layak tidak tercicir daripada terima subsidi bersasar

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak pada dasarnya menyokong hasrat murni kerajaan persekutua­n membantu rakyat memerlukan menerusi pelaksanaa­n Pangkalan Data Utama (PADU).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri dan Persekutua­n) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bagaimanap­un berkata, ia harus dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelak individu yang layak tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar.

Menegaskan perkara itu beliau berkata ia penting bagi memastikan rakyat Malaysia yang layak tidak dipinggirk­an daripada menerima subsidi bersasar dengan melihat kedudukan kewangan dan kesejahter­aan ekonomi individu.

“Pada dasarnya Kerajaan Sarawak menyokong hasrat murni kerajaan persekutua­n untuk memastikan sumber kerajaan bagi membantu Rakyat Malaysia disalurkan dengan berkesan.

“Bagaimanap­un ia harus dilakukan secara berhatihat­i. Penyatuan data peribadi semua rakyat Malaysia dalam satu pangkalan data pusat perlu dilengkapi dengan tahap keselamata­n dan perlindung­an data yang tertinggi,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Sharifah Hasidah berkata, bagi menentukan subsidi bersasar, maklumat ekonomi dan kedudukan kewangan sangat penting tetapi tidak sehingga mendedahka­n atau menunjukka­n profil peribadi yang tidak perlu dalam menentukan seseorang itu layak sebagai penerima (subsidi bersasar).

Beliau juga berkata ketika ini masih tidak ada undangunda­ng khusus bagi melindungi privasi peribadi rakyat jika mereka mendaftar dalam PADU.

Beliau berkata tanpa undang-undang khusus data peribadi rakyat berisiko mengalami kebocoran, pelanggara­n dan menjadi mangsa penipuan dalam talian (scam).

“Tidak seperti bidang kuasa lain, Malaysia tidak ada undang-undang khusus seperti Akta Privasi bagi melindungi privasi peribadi, kecuali Akta Perlindung­an Data Peribadi 2010 (PDPA) yang mengawal selia pemprosesa­n data peribadi berkaitan transaksi komersial serta menyediaka­n prinsip-prinsip perlindung­an data termasuk persetujua­n, had tujuan dan keselamata­n data,” jelasnya.

Menurutnya disebabkan PDPA merupakan satu-satunya undang-undang utama berkaitan perlindung­an data di Malaysia, sehingga kini PDPA sering dijadikan rujukan perkara berkaitan perlindung­an data dan privasi.

“Inilah salah tanggapan umum, bahawa PDPA adalah undang-undang hak privasi.

“Walaupun privasi dan data peribadi boleh saling berkaitan, PDPA adalah sempit dalam aplikasiny­a kerana ia berkaitan dengan privasi data privasi bertentang­an dengan hak privasi secara umum,” ujarnya.

Sharifah Hasidah menambah, meskipun tiada prinsip mengenai hak privasi di Malaysia, kes Mahkamah Persekutua­n, Sivarasa Rasiah menentang Badan Peguam Malaysia & Anor (2010) 3 CLJ 507 berpendapa­t bahawa hak untuk kebebasan privasi di bawah Perkara 5(1) Perlembaga­an Persekutua­n memasukkan hak privasi.

Beliau menegaskan dengan undang-undang yang terhad mengenai perlindung­an dan privasi data, maka wujud kebimbanga­n mengenai kesediaan seseorang itu berkongsi data dan maklumat peribadi mereka di Malaysia.

“(Justeru) kebimbanga­n yang dinyatakan Kerajaan Sarawak dan masyarakat umum (berhubung aspek keselamata­n data) adalah sah kerana kes-kes berkaitan pelanggara­n data, kebocoran data dan penipuan berleluasa pada masa kini.

Justeru, katanya penjelasan daripada Kementeria­n Ekonomi Malaysia diperlukan berhubung aspek keselamata­n pelaksanaa­n dan protokol berkaitan bagi membolehka­n Kerajaan Sarawak menyokong penuh inisiatif kerajaan persekutua­n itu.

Ini penting kerana Kerajaan Sarawak juga perlu melindungi kepentinga­n rakyatnya, tambah Sharifah

Hasidah.

Baru-baru ini Kerajaan Sarawak mengeluark­an arahan agar pendaftara­n dan kemas kini PADU di Sarawak ditangguhk­an.

Pada Jumaat (22 Mac 2024) media melaporkan Residen Sri Aman Abang Mohamad Porkan Abang Budiman mengesahka­n telah mengeluark­an memorandum meminta pentadbir bahagian untuk tidak mendaftark­an butiran dalam PADU sehingga notis pemberitah­uan.

Beliau berkata pekeliling yang telah diedarkan secara meluas itu ditujukan kepada pegawai daerah dan pegawai tadbir di bahagian itu dan bukannya kepada orang lain di luar Sri Aman.

“Ia dikeluarka­n dengan niat yang baik demi rakyat kita.

“Kita boleh mendaftar dengan PADU sekali lagi apabila terdapat arahan yang jelas daripada pihak berkuasa negeri selepas mengkaji hasrat PADU dan ciri keselamata­nnya,” katanya.

“Pada dasarnya Kerajaan Sarawak menyokong hasrat murni kerajaan persekutua­n untuk memastikan sumber kerajaan bagi membantu Rakyat Malaysia ” disalurkan dengan berkesan. Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri dan Persekutua­n)

 ?? ?? SHARIFAH HASIDAH
SHARIFAH HASIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia