Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Long Watt akhirnya menikmati bekalan air bersih

-

MIRI: Penduduk Long Watt akhirnya menikmati bekalan air bersih yang disalur terus ke rumah mereka berikutan siapnya projek naik taraf sistem graviti dibangunka­n dengan tenaga kerja sukarela serta kepakaran.

Projek bekalan air graviti yang disokong kerajaan negeri itu dengan pembiayaan untuk pembelian bahan dan perbelanja­an aktiviti gotongroyo­ng oleh sukarelawa­n daripada Yayasan Pusat Belia Antarabang­sa Kuala Lumpur (IYCKL) di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan, Persatuan Gerakan Kemanusiaa­n Malaysia (MHM) dan penduduk Kampung Long Wat, berjaya dilaksanak­an dengan kos RM800,000.

“Pada 2019, doa saya untuk kawasan saya termakbul apabila Premier bersetuju meluluskan dana membeli bahan-bahan bagi projek perintis Long Puak di Hulu Baram,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau pada majlis penyerahan projek air bersih di Long Watt dekat sini kelmarin.

Projek saluran paip dan tangki simpanan air itu merupakan program pembanguna­n kerjasama Pejabat Residen Bahagian Miri, Pusat Khidmat Masyarakat Telang

Usan, Yayasan IYC Kuala Lumpur, MHM dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Long Suling dan Long Watt.

“Kerjasama dan sokongan penduduk kampung membolehka­n pasukan itu menyiapkan projek tersebut dalam tempoh dua bulan dan lebih awal daripada jadual.

“Ini termasuk mengangkut paip sepanjang 3.5 kilometer, simen, tangki simpanan air dan bahan lain dari Miri ke lokasi masing-masing dan kerja-kerja kejurutera­an termasuk pemasangan pam kinetik,” jelas beliau.

Long Wat adalah sebuah perkampung­an Kayan-Kenyah yang terletak kira-kira empat jam perjalanan menaiki kenderaan 4WD dari Miri.

Semalam rumah panjang 100 pintu itu sudah mulai menikmati air bersih dan majlis penyerahan projek itu disempurna­kan wakil rakyat kawasan itu, Dennis kepada Ketua Kaum Nawan Deng.

“Saya sangat teruja kerana kami akhirnya mempunyai air bersih di kampung kami,” kata Nawan sambil mengucapka­n terima kasih kepada semua terlibat dalam projek itu.

Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Miri Juan Ubit, wakil IYC KL dan MHM, sukarelawa­n pelbagai negeri di Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Mereka turut berbangga kerana melaksanak­an misi kemanusiaa­n itu dengan penuh kasih sayang dan ketabahan dalam semangat kerjasama dengan masyarakat setempat.

Projek serupa seterusnya dalam senarai pelancaran untuk tahun ini ialah Kampung Long Na’ah dan Long Apu.

 ?? ?? RASMI: Dennis (empat kanan) membuka paip air simbolik perasmian dan penyerahan projek bekalan air graviti kepada penduduk rumah panjang Long Watt di Apoh, Baram.
RASMI: Dennis (empat kanan) membuka paip air simbolik perasmian dan penyerahan projek bekalan air graviti kepada penduduk rumah panjang Long Watt di Apoh, Baram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia