Utusan Borneo (Sarawak)

Tukang jahit terpaksa tolak tempahan jahit baju

Nursyawali­zan tetapkan sasaran 30 pasang, bagaimanap­un terima lebih daripada 50 pasang tempahan kali ini

- Oleh Agnes Tugong

“Sebenarnya ada lagi tempahan daripada pelanggan tetapi terpaksa ditolak oleh saya kerana bimbang tidak mampu menyiapkan sebelum ” Aidilfitri. Nursyawali­zan Julihi Tukang jahit

KUCHING: Kurang daripada dua minggu lagi, masyarakat Islam bakal meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam tempoh ini pastinya masyarakat Islam sedang sibuk melakukan persiapan bagi menyambut hari tersebut.

Ketika orang lain sedang sibuk membuat biskut, kek, menghias rumah dan sebagainya, tukang jahit, Nursyawali­zan Julihi, 31, sedang sibuk menyiapkan tempahan baju raya daripada pelanggan.

Nursyawali­zan berkata, tempahan baju raya dibuka kepada pelanggan pada bulan Januari lepas.

Katanya dia menetapkan sasaran 30 pasang sahaja, bagaimanap­un menerima lebih daripada 50 pasang tempahan untuk Aidilfitri kali ini.

“Sebenarnya ada lagi tempahan daripada pelanggan tetapi terpaksa ditolak oleh saya kerana bimbang tidak mampu menyiapkan sebelum Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di premis perniagaan­nya, Nononess Creation di Pasar Komuniti Stutong di sini semalam.

Berasal dari Kampung Tabuan Melayu di sini, Nursyawali­zan merupakan pelatih GIATMARA Kota Samarahan sebelum memulakan perniagaan dalam bidang jahitan pada 2018.

Tambah Nursyawali­zan, dalam sehari dia dapat menyiapkan empat hingga lima pasang baju dengan bantuan empat rakan sekerjanya.

Baju yang biasa ditempah oleh pelanggan terdiri daripada baju kurung tradisiona­l, baju kurung berfesyen dan baju Melayu bagi pelanggan lelaki.

Kerja-kerja jahitan katanya bermula dari jam 7 pagi hingga 6 petang dan upah jahit sepasang baju antara RM95 dan ke atas mengikut fesyen pilihan pelanggan.

 ?? ?? SIAP: Nursyawali­zan menunjukka­n antara baju raya yang telah siap dijahit untuk pelanggann­ya.
SIAP: Nursyawali­zan menunjukka­n antara baju raya yang telah siap dijahit untuk pelanggann­ya.
 ?? ?? GIGIH: Nursyawali­zan sedang menjahit baju raya yang ditempah oleh pelanggann­ya.
GIGIH: Nursyawali­zan sedang menjahit baju raya yang ditempah oleh pelanggann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia