Utusan Borneo (Sarawak)

Bintulu Port santuni seramai 50 komuniti, mualaf pada Majlis Iftar

-

BINTULU: Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) melalui Yayasan Bintulu Port menyantuni seramai 50 komuniti dan mualaf pada Majlis Iftar Program Jalinan Kasih di sini.

Jurucakap BPHB berkata, program itu merupakan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat yang diadakan secara tahunan pada bulan Ramadan untuk meraikan golongan memerlukan.

Menurutnya, program itu juga inisiatif Bintulu Port membantu golongan terbabit meraikan Ramadan dengan penuh keberkatan sekali gus merapatkan hubungan dengan komuniti setempat.

“Tahun ini, Bintulu Port mengadakan majlis berbuka puasa bersama saudara baharu yang terdiri daripada ahliahli Urusetia Saudara Kita (USK) Cawangan Jepak dan Bintulu, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Bintulu serta Surau Nur Islam MACMA Bintulu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pada majlis sama, penyampaia­n sumbangan kepadakomu­nititerbab­itturut diadakan dan disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Ruslan Abdul Ghani dan disaksikan pengurusan syarikat serta tetamu jemputan.

Beliau berkata, majlis itu turut diserikan dengan tazkirah disampaika­n Penolong Pegawai Dakwah HarakahIsl­amiah(HIKMAH) Cawangan Bintulu Saimon Kila @ Nuur Huzaifah Zainun yang mengupas tajuk ‘Indahnya Ramadan’.

“Dengan segala sokongan dan kerjasama diberikan pada program ini diharap dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m kalangan masyarakat setempat dan diberkati.

HadirsamaP­engurusKan­an Perkhidmat­an Korporat BPHB merangkap pengerusi program Maslihah Tioh, ahliahli Jawatankua­sa Kebajikan Islam (JKI) Bintulu Port, pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Bintulu, pegawaipeg­awai, kakitangan syarikat BPHB dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia