Utusan Borneo (Sarawak)

MTW Furniture anjur promosi eksklusif Hari Raya Aidilfitri

-

MIRI: Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, MTW Furniture berbesar hati mengumumka­n promosi khas Hari Raya Aidilfitri berlangsun­g dari 25 Mac hingga 7 April ini.

Daripada set makan anggun kepada sofa selesa, set bilik tidur dan tilam, MTW Furniture mempunyai segala yang diperlukan untuk mengubah ruang kediaman menjadi ruang indah dan selesa bagi seisi keluarga dan tetamu.

Pelanggan boleh memilih pelbagai almari pakaian, set meja makan dan meja kopi dan banyak lagi.

Pemiliknya, Lester Ong berkata menarik tentang promosi Hari Raya Aidilfitri ini ialah diskaun eksklusif sehingga 70 peratus untuk pelbagai jenis perabot.

“Sekiranya anda ingin menambah sentuhan kemewahan pada tamu dengan set sofa baharu, MTW Furniture ada segalagala­nya. Nikmati penjimatan ketara untuk barangan terpilih sempena Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.

Menurutnya, terdapat juga tawaran istimewa unit-unit pendingin hawa yang turut menawarkan diskaun dari 40 hingga 50 peratus serta pemasangan percuma.

MTW Furniture juga menawarkan kabinet dapur buatan sendiri, satu kelebihan utamanya ialah keupayaan menyesuaik­an kabinet agar sesuai dengan susun atur dapur, gaya dan keperluan penyimpana­n.

Tambahan pula, syarikat perabot ini juga menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an dan pemasangan percuma untuk pelanggan di sini.

MTW Furniture juga merupakan pengedar sah rangkaian peralatan rumah Beko termasuk mesin basuh muatan hadapan, mesin pengering pakaian, ketuhar dan peti sejuk.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk mengubah rumah anda pada perayaan Hari Raya Aidilfitri ini dengan promosi eksklusif MTW Furniture.

Kunjungi bilik pamerannya di Lot 10622, Jalan Airport (berhadapan dengan Lapangan Terbang Miri) untuk menerokai koleksinya dan tawaran hebat ini.

Untuk pertanyaan sila hubungi 016-8755655. Premis ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 8 malam setiap hari.

 ?? ?? PERABOT: Premis kedai perabot MTW Furniture terletak di Jalan Airport, Miri.
PERABOT: Premis kedai perabot MTW Furniture terletak di Jalan Airport, Miri.
 ?? ?? SUMBANGAN: Ruslan (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada seorang penerima pada majlis tersebut.
SUMBANGAN: Ruslan (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada seorang penerima pada majlis tersebut.
 ?? ?? PERALATAN: Beberapa peralatan rumah jenama Beko serta sofa dan set ruang tamu.
PERALATAN: Beberapa peralatan rumah jenama Beko serta sofa dan set ruang tamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia