Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan sistem digital pelihara budaya Cina: Albert Lau

Persatuan Kebudayaan Cina Sarawak menyimpan banyak bahan budaya bercetak dan ini boleh hilang pada masa akan datang

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Presiden Persatuan Kebudayaan Cina Sarawak Albert Lau mencadangk­an persatuan itu beralih ke sistem digital dalam kerja-kerja pemelihara­an budaya mereka.

Bercakap pada mesyuarat jawatankua­sa persatuan itu di sini Sabtu lalu, beliau ber

“Oleh itu, kami perlu menyediaka­n dana bagi bahan tersebut untuk diimbas supaya dapat diteruskan untuk generasi ” akan datang. Albert Lau Presiden Persatuan Kebudayaan Cina Sarawak

kata pihaknya menyimpan banyak bahan budaya bercetak dan ini boleh hilang pada masa akan datang.

“Oleh itu, kami perlu menyediaka­n dana bagi bahan tersebut untuk diimbas supaya dapat diteruskan untuk generasi akan datang.

“Ini mungkin memakan masa dan wang tetapi kita harus mengikut zaman digital dalam kerja-kerja pemelihara­an budaya Cina ini,” katanya.

Untuk tujuan itu, Lau secara peribadi menderma RM50,000.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil cawangan persatuan tersebut dari Kuching, Sri Aman, Sarikei, Kapit, Sibu, Bintulu dan Miri.

Dalam pertemuan itu, Lau turut merakamkan penghargaa­n kepada ahliahli atas usaha mereka memelihara budaya Cina Borneo.

“Saya berharap melalui usaha ini, kita menarik lebih ramai ahli bagi memperkasa usaha dalam kerja-kerja pemelihara­an,” jelasnya.

Lau secara khusus menegaskan bahawa disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada 2020, pihaknya terpaksa membatalka­n sambutan ulang tahun pada tahun itu.

Beliau berkata, atas sebab sama pihaknya turut membatalka­n penganjura­n edisi kelima Persidanga­n Antarabang­sa Kajian Cina Borneo pada tahun itu.

“Pengkaji budaya mungkin datang dari seluruh negara seperti Taiwan, Australia dan China. Kehidupan kini kembali normal.

“Untuk melaksanak­an semula apa yang kita batalkan ketika itu, saya cadangkan boleh mempertimb­ang menganjurk­an ulang tahun ke-35 persatuan. Kita boleh berbincang lebih lanjut mengenai cadangan itu,” katanya.

 ?? ?? BINCANG: Lau (dua kiri) semasa mempengeru­sikan mesyuarat tersebut di Sibu Sabtu lalu.
BINCANG: Lau (dua kiri) semasa mempengeru­sikan mesyuarat tersebut di Sibu Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia