Utusan Borneo (Sarawak)

Jelajah Ramadan RTM Sarawak di Sibu berakhir

-

SIBU: Jelajah Ramadan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak berlangsun­g selama tiga hari di sini berakhir kelmarin.

Pengarah Penyiaran Sarawak Wan Azhan Wan Hamat berkata, program bermula pada 21 Mac lalu itu merupakan edisi ke-12.

“Namun, tahun ini kami menganjurk­annya berbeza daripada tahun sebelumnya, kami kumpulkan semua personalit­i RTM Sarawak terdiri daripada juruhebah radio, wartawan dan lain-lain di satu lokasi iaitu Sibu.

“Sebelum ini, Jelajah Ramadan kami menjelajah dari satu stesen ke stesen RTM lain seluruh

Sarawak yang sebenarnya melibatkan perbelanja­an tinggi dan dengan kaedah ini kita boleh fokus kepada satu lokasi sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa dan penghargaa­n anjuran Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di sini malam kelmarin.

Beberapa program dianjurkan oleh RTM Sarawak sempena Jelajah Ramadan 2024 seperti pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai, penyampaia­n bakul makanan kepada golongan memerlukan dan berbuka puasa bersama asnaf.

Sementara itu, pada program tersebut seramai 40 peserta daripada pelbagai agensi menyertain­ya.

Ketua Perhubunga­n Luar PETROS Sally Sheriza Ahmad berkata pihak yang menghadiri program tersebut secara santai adalah mereka yang menjayakan program Siney-Siney PETROS Bersama RTM Sarawak.

“Siney-siney PETROS Bersama RTM Sarawak adalah program sehari. Sejak pagi, kami bergotong-royong menyediaka­n sebanyak 1,000 pek bubur asyura untuk orang ramai.

“Kami membungkus dan mengedarka­nnya, justeru program ini adalah satu penghargaa­n buat mereka semua,” katanya.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Wan Azhan (lapan kiri), Sally (sembilan kanan) bersama yang lain pada majlis berbuka puasa dan penghargaa­n di Sibu malam kelmarin.
PENGHARGAA­N: Wan Azhan (lapan kiri), Sally (sembilan kanan) bersama yang lain pada majlis berbuka puasa dan penghargaa­n di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia