Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh lelaki ditangkap kerana terlibat judi sabung ayam

-

JULAU: Tujuh lelaki ditangkap pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau kerana dipercayai menjalanka­n kegiatan aktiviti perjudian pertaruhan sabung ayam.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam Sulin berkata, lelaki-lelaki yang ditangkap itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 64 tahun.

“Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Julau, jam 2.30 petang kelmarin melakukan serbuan di sebuah kawasan tanah lapang ladang kelapa sawit di Julau.

“Ketika serbuan, sekumpulan kaki sabung menyedari kehadiran pasukan polis dan bertindak melarikan diri ke kawasan hutan.

“Selain menangkap tujuh lelaki,polisjugam­erampasdua ekor ayam hidup, seekor ayam mati, alat penimbang, kotak tertulis jadual pertaruhan, sebilah taji, satu meja kayu serta kain holo, satu kong holo serta dadu dan wang tunai RM495,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, semua tangkapan dan rampasan disiasat di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Katanya,jikasabitk­esalahan semua suspek boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 jika sabit kesalahan boleh didenda RM6,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Polis tidak berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang menjalanka­n kegiatan perjudian pertaruhan sabung ayam dan perjudian lain terutama di kawasan Julau dan Pakan,” jelasnya.

Orang ramai juga diseru agar menyalurka­n sebarang maklumat kegiatan jenayah kepada polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia