Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki disyaki edar dadah diberkas di Bintulu

-

BINTULU: Polis berjaya menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di kawasan Park City di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Nixon Joshua Ali berkata, dalam Ops Bersepadu itu kedua-dua suspek berumur 25 tahun yang dalam keadaan mencurigak­an ditahan di kawasan terbabit.

“Hasil pemeriksaa­n dijalankan, polis berjaya merampas dadah jenis serbuk ekstasi dianggarka­n seberat 134 gram, pil ekstasi seberat 2.7 gram dan ketamin seberat 1.6 gram.

“Turut disita ialah sebuah kenderaan jenis Honda Civic berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Nixon, hasil ujian saringan air kencing mengesahka­n kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e.

“Siasatan awal mendapati dadah dirampas dipercayai diedarkan di kawasan pusat hiburan sekitar Bintulu dan boleh digunakan untuk 40 hingga 50 orang penagih,” jelasnya.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Sekiranya didapati salah memiliki dadah di bawah Seksyen 39A (2) ADB 1952, suspek berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

“Manakala jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen15 (1)ADB1952bol­ehdikenaka­n denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun termasuk di bawah pengawasan selama dua tahun,” katanya.

 ?? ?? DITAHAN: Tujuh lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat kegiatan perjudian pertaruhan sabung ayam di Julau kelmarin.
DITAHAN: Tujuh lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat kegiatan perjudian pertaruhan sabung ayam di Julau kelmarin.
 ?? ?? SUSPEK: Wajah suspek dan dadah yang dirampas dalam operasi tersebut.
SUSPEK: Wajah suspek dan dadah yang dirampas dalam operasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia