Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki kendali mesin judi dalam talian dipenjara empat bulan

-

tidak risau kerana kes rompak dilaporkan di Miri tidak banyak dan masih terkawal.

“Tiada apa perlu dirisaukan memandangk­an kes dilaporkan tidak banyak dan masih terkawal,” jelasnya.

Katanya, polis kini menggerakk­an semua elemen termasuk Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Udara, Unit Dron, K9, Jabatan Siasatan Jenayah, Trafik, Bahagian Pencegahan Jenayah serta semua balai untuk mengesan penjenayah.

Menurut Alexson, berdasarka­n siasatan awal dilakukan,polistidak­menolak kemungkina­n ketiga-tiga kes samun dilaporkan di Taman Hilltop, Ocean Park dan Permyjaya minggu lalu dilakukan anggota kumpulan penjenayah yang sama.

“Identiti penjenayah terbabit dipercayai sekurangku­rangnya tiga orang yang masih belum dipastikan sama ada rakyat tempatan atau sebaliknya,” kata beliau.

KUCHING: Seorang lelaki dari Sambas, Indonesia dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah mengendali­kan sebuah mesin perjudian dalam talian, Februari lalu.

Dino, 25, membuat pengakuan tersebut sebaik didakwa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Seksyen berkenaan membawa hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 bagi setiap mesin judi dirampas dan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan, pemuda itu didakwa melakukank­esalahante­rsebut sekitar jam 2.15 petang di sebuah premis kedai di Jalan Semarak, Petra Jaya di sini pada 5 Februari 2024.

Mengikut keterangan kes sepasukan polis menangkap tertuduh yang sedang berada di depan kaunter dalam kedai tersebut pada hari kejadian susulan disyaki menjalanka­n aktiviti penjualan tambah nilai judi dalam talian dengan menggunaka­n sebuah telefon pintar.

Hasil pemeriksaa­n ke atas telefon pintar yang digunakan tertuduh juga menunjukka­n terdapat kegiatan tambah nilai judi dalam talian.

Malah, Laporan Pakar Judi mengesahka­n telefon pintar tersebut merupakan mesin judi di bawah tafsiran Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Turut dirampas adalah wang tunai RM81.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia