Utusan Borneo (Sarawak)

Stoking: Kerajaan beri laluan penuh polis siasat

Tiada campur tangan, tetapi tetap tidak bertolak ansur terhadap penghinaan mana-mana agama

-

“Namun bukan agama Islam sahaja, (juga) termasukla­h menghina manamana kaum dan agama lain, ia tiada tolak ansur. Kita nak selamatkan negara dan perlu tindakan tegas bagi menentukan tidak berlaku mana-mana perlakuan ” (seperti itu) lagi.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak campur tangan terhadap sebarang proses siasatan berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart cawangan Bandar Sunway di Petaling Jaya baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memberi laluan penuh kepada polis untuk menjalanka­n siasatan dan menyifatka­n isu itu bukanlah boleh diselesaik­an melalui sebarang tindakan oleh gerombolan berasingan.

“Kita serah pada siasatan profesiona­l, namun pada masa sama kerajaan tetap berpendiri­an bahawa tiada tolak ansur terhadap perbuatan sedemikian terutamany­a melibatkan agama Islam, agama Persekutua­n di negara ini.

“Namun bukan agama Islam sahaja, (juga) termasukla­h menghina mana-mana kaum dan agama lain, ia tiada tolak ansur. Kita nak selamatkan negara dan perlu tindakan tegas bagi menentukan tidak berlaku manamana perlakuan (seperti itu) lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Sambutan Peringatan Hari

Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis di sini semalam yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalanny­a Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Anwar dalam ucapannya juga menyeru seluruh pimpinan dan anggota polis untuk terus bersama dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh, tegas dan berani.

“Saya merayu banteras rasuah ini untuk selamatkan negara dan bangsa, jangan kita khianati amanah ini walaupun ia bukan mudah. Bila rasuah mula menjadi sistemik, ia akan menghakis seluruh sendi anggota dan ia perlu ketangkasa­n dan kekuatan untuk bertempur dalam bidang ini (rasuah).

“Sama-sama kita ingat pesanan 3C bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada tahun 1961 iaitu, Communism, Corruption, Communalis­m, maknanya apa, ada sebut soal rasuah, pada tahun 1961 lagi pimpinan kita dah nampak... kini 2024 pun kita masih bertarung dengan isu rasuah,” katanya.

Beliau pada masa sama turut menasihati pasukan polis untuk terus meningkatk­an integriti.

Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah mengarahka­n Kementeria­n Kewangan untuk memberi kemudahan kepada sebarang proses melibatkan penambahba­ikan premis dan perumahan anggota polis.

“Kita bicara soal polis kena berlawan hadapi soal digital, jenayah komersial, tapi bangunanny­a 20-30 tahun kekal dengan kemudahan usang, pejabat 30 tahun ketinggala­n dari aspek kemudahan, sebab itu kita sekarang tumpu perumahan dan pejabat polis.

“Saya beri laluan pada Kementeria­n Dalam Negeri agar sebarang proses tender dipercepat­kan, kita cuba sedaya upaya baiki,” katanya. — Bernama

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

 ?? ?? DILANCAR: (Dari kanan) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Belia Malaysia Dato’ Mustapa Othman, Ahmad Shahriman, CEO Islamic Relief Malaysia Mohd Shukor Md Tahir, Ketua Tanggungja­wab Korporat Kumpulan CIMB Rositah Mariam Sulaiman dan Ketua Wilayah Bahagian Pembanguna­n Perniagaan dan Insiatif Korporat CIMB Islamic merasmikan pelancaran CIMB Harapan Ramadan 2024.
DILANCAR: (Dari kanan) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Belia Malaysia Dato’ Mustapa Othman, Ahmad Shahriman, CEO Islamic Relief Malaysia Mohd Shukor Md Tahir, Ketua Tanggungja­wab Korporat Kumpulan CIMB Rositah Mariam Sulaiman dan Ketua Wilayah Bahagian Pembanguna­n Perniagaan dan Insiatif Korporat CIMB Islamic merasmikan pelancaran CIMB Harapan Ramadan 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia