Utusan Borneo (Sarawak)

Harapan Ramadan CIMB salur RM1.8 juta kepada lebih 34,000 individu

- Oleh Harshini Anantha Rao

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) meneruskan komitmenny­a untuk membantu golongan yang memerlukan semasa bulan Ramadan melalui program Harapan Ramadan.

Inisiatif komuniti tahunan ini, yang dipimpin bersama oleh CIMB Islamic dan CIMB Foundation, telah memobilisa­sikan sumbangan Ramadan terbesar dengan memudahkan pengagihan lebih daripada RM1.8 juta yang memberi manfaat kepada lebih 34,000 individu.

Sejajar dengan ulang tahun ke-100 CIMB Malaysia, program Harapan Ramadan akan berlangsun­g di lebih daripada 100 lokasi di semua negeri di Malaysia, memberi impak kepada komuniti dari kalangan golongan asnaf dan B40, ketua keluarga, ibu tunggal, orang kurang upaya, pelarian, warga emas dan komuniti lain yang memerlukan.

Program tahun ini dianjurkan dengan kerjasama enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bertujuan untuk mengagihka­n barang-barang penting seperti beras, minyak masak, makanan tin dan keperluan lain untuk meringanka­n beban kewangan menjelang bulan puasa dan perayaan yang akan datang.

Selain itu, elaun tunai juga disediakan kepada beberapa rumah anak yatim untuk keperluan mereka dan bagi kanak-kanak untuk membeli persiapan raya mereka.

“Kami gembira dapat menyambut kegembiraa­n program Harapan Ramadan ini kerana kami memperluas­kan jangkauan ke 100 lokasi di seluruh Malaysia sejajar dengan ulang tahun ke-100 kami tahun ini.

Ia adalah yang paling bermakna sehingga kini kerana kami membolehka­n sejumlah 650 kakitangan CIMB untuk menyumbang­kan masa mereka sebagai sebahagian daripada program di seluruh negara, mencermink­an matlamat jenama bank kami untuk “Bergerak Bersama Anda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic dan CIMB Foundation Ahmad Shahriman Mohd Shariff.

“Kami terus komited untuk memperjuan­gkan inisiatif yang menghasilk­an impak positif dan bermakna kepada komuniti yang kami berkhidmat, dan berharap untuk bekerjasam­a dengan rakan kami untuk berkongsi lebih banyak berkat dengan penerima manfaat dan meringanka­n beban mereka dalam bulan suci ini,” tambahnya.

Sejak penubuhann­ya pada tahun 2022, program Harapan Ramadan telah berjaya memobilisa­sikan lebih daripada RM4.4 juta dalam bentuk dana kepada 83,000 penerima manfaat daripada kalangan komuniti yang memerlukan.

Melalui CIMB Islamic, kumpulan ini telah memimpin pelbagai inisiatif untuk komuniti yang memerlukan, sambil menyokong pembanguna­n jangka panjang golongan kurang bernasib baik melalui program seperti Program Keusahawan­an Taylor’s - CIMB Islamic, Program Pengendali Usahawan Rider iTEKAD CIMB Islamic, Program Agropreneu­r Graduan Melon Manis Terengganu dan CIMB MicroBizRe­ady.

Inisiatif-inisiatif ini bertujuan untuk memberdaya­kan usahawan B40 yang berpotensi untuk meningkatk­an taraf kehidupan mereka dan mencapai potensi penuh mereka dengan menyediaka­n bimbingan dan latihan untuk memperkaya­kan kemahiran keusahawan­an mereka.

Sementara itu, CIMB Foundation berfungsi sebagai lengan tanggungja­wab sosial korporat dan filantropi­k kumpulan, dengan menumpukan kepada empat bidang impak yang merangkumi pendidikan, kesihatan dan kesejahter­aan komuniti; pemberdaya­an ekonomi serta iklim dan alam sekitar.

Secara kolektif, tiangtiang ini menyumbang kepada impak yang mampan dalam komuniti di sekeliling kita, selaras dengan Matlamat Pembanguna­n Lestari PBB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia