Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan pelajar sekolah yang diculik di Nigeria dibebaskan

-

ABUJA: Lebih 250 pelajar sekolah yang diculik oleh penyerang bersenjata dalam satu penculikan beramai-ramai di barat laut Nigeria pada awal bulan ini telah dibebaskan, kata gabenor tempatan kelmarin.

Penculikan di Kuriga, daerah Kaduna pada 7 Mac merupakan salah satu daripada serangan paling besar sejak beberapa tahun ini dan mencetuska­n kebimbanga­n rakyat terhadap keselamata­n.

“Pelajar sekolah Kuriga yang diculik telah dibebaskan tanpa kecederaan,” gabenor daerah Kaduna Uba Sani menyatakan dalam satu kenyataan yang tidak menjelaska­n bagaimana mereka telah dibebaskan.

“Ini sememangny­a satu hari penuh kegembiraa­n,” kata beliau, berterima kasih kepada pihak tentera, Presiden Bola Ahmed Tinubu, penasihat keselamata­n negara, dan “semua rakyat Nigeria yang telah berdoa bagi kepulangan semua pelajar sekolah itu dengan selamat”.

Beberapa kumpulan penjenayah yang dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai penjahat telah dipersalah­kan bagi penculikan tersebut. Mereka biasanya menyasarka­n beberapa komuniti, menjarah kampung-kampung dan melakukan penculikan beramai-ramai untuk mendapatka­n wang tebusan di barat laut dan utara tengah Nigeria.

Menurut keluarga mangsa, penculik menuntut pembayaran yang besar bagi kepulangan pelajar tersebut, namun Presiden Tinubu menyatakan dia telah mengarahka­n pasukan keselamata­n agar tidak membayarny­a.

Mangsa penculikan di Nigeria biasanya dibebaskan selepas rundingan dengan pihak berkuasa, walaupun satu undangunda­ng pada 2022 tidak membenarka­n penyerahan wang kepada penculik dan pihak berkuasa menafikan pembayaran wang tebusan telah dilakukan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia