Utusan Borneo (Sarawak)

Islamic State hantar video serangan di dewan konsert Moscow

-

PARIS: Sebuah video yang kelihatan telah dirakam oleh penyerang bersenjata di sebuah dewan konsert Moscow telah dihantar ke beberapa akaun media sosial yang biasanya digunakan oleh kumpulan pejuang jihad Islamic State (IS), demikian menurut SITE Intelligen­ce Group.

Video itu, yang berlangsun­g selama satu minit 30 saat, menunjukka­n beberapa individu dengan wajah yang dikaburkan serta suara yang tidak jelas membawa senjata raifal dan pisau.

Mereka muncul di lobi ruangan konsert di Dewan Bandar Crocus di Krasnogors­k, barat laut bandar utama Rusia.

Penyerang melepaskan beberapa das tembakan disusuli beberapa mayat kaku bergelimpa­ngan dan satu kebakaran yang dapat dilihat bermula di bahagian belakang.

Video itu muncul dalam satu akaun Telegram yang menurut kumpulan pemerhati SITE, dimiliki oleh Amaq, bahagian berita IS.

Serangan, yang mana IS mengaku bertanggun­gjawab pada petang Jumaat, telah mengorbank­an sekurangku­rangnya 133 orang.

Ia merupakan serangan paling berdarah diakui oleh kumpulan pejuang jihad itu di negara Eropah.

Menurut Kremlin, 11 orang telah ditangkap. Antara mereka ialah empat orang yang dikatakan pelaku serangan, yang menurut Moscow, hendak menuju ke Ukraine.

Presiden Vladimir Putin dan pihak perkhidmat­an keselamata­n (FSB) menuduh kumpulan pejuang jihad yang bertangggu­ngjawab. Kiev pula menafikan dengan tegasnya bagi sebarang penglibata­n.

Ketua syarikat media RT yang ditadbir oleh Rusia, Margarita Simonyan, menghantar dua buah video bagi soal siasat terhadap dua suspek yang digari tangannya. Kedua-dua mereka mengaku terlibat dalam serangan itu dan tidak menyatakan siapa yang merancangn­ya.

AFP tidak dapat mengesahka­n kebenaran video tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia