Utusan Borneo (Sarawak)

Somalia tangkap 16 suspek serangan hotel

-

Somalia menyatakan 16 suspek telah ditangkap berhubung serangan maut ke atas sebuah hotel terkenal di ibu negara Mogadishu 10 hari lepas.

Tiga orang terkorban selepas pejuang jihad AlShabaab menyerbu hotel SYL berhampira­n kawasan istana presiden yang dikawal dengan ketat pada 14 Mac, membawa kepada satu pengepunga­n lebih 13 jam.

Pasukan keselamata­n turut membunuh lima penyerang dalam satu pertempura­n bersenjata, menurut polis selepas mengumumka­n situasi yang berjaya dikawal.

“Selepas siasatan lanjut, pasukan keselamata­n berjaya menawan rangkaian yang bertanggun­gjawab bagi serangan pengganas Hotel SYL, menahan 16 suspek termasuk dalang Abdinasir Dahir Nur,” Agensi Keselamata­n dan Perisikan Negara Somalia menyatakan dalam X pada lewat Sabtu.

“Keadilan akan dilaksanak­an di mahkamah terhadap semua yang terlibat,” tambahnya.

NISA menyatakan lima anggota dari agensi keselamata­n Somali yang bertanggun­gjawab bagi pos pemeriksaa­n yang dilalui oleh penyerang sebagai antara yang ditangkap.

Suspek utama, Nur, telah dituduh menguruska­n kenderaan yang digunakan dalam serangan, sementara empat orang lagi yang ditangkap merupakan individu yang nama mereka digunakan untuk mendaftark­an kenderaan, jelasnya.

SYL telah diserang oleh Al-Shabaab beberapa kali sebelum ini, dan kerajaan telah berdepan kritikan bagi serangan terbaharu kerana hotel itu berada di sebuah kawasan yang dikawal dengan ketat.

Ia berdekatan dengan kompleks kerajaan Villa Somalia yang termasuk istana presiden, pejabat perdana menteri dan bangunan kementeria­n.

Akses ke kawasan itu adalah sukar dan trafik turut disekat di atas jalan raya di mana hotel itu terletak.

Pada Sabtu, pejuang dari kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaedaturut menyerbu sebuah pangkalan tentera di luar Mogadishu, dengan korban nyawa dilaporkan.

Walaupun pihak tentera dan militia telah merampas semula wilayah di tengah Somalia itu dalam operasi ketenteraa­n, dibantu oleh sebuah pasukan dari Kesatuan Afrika dan serangan udara AS, namun masih terdapat sedikit serangan balas.

Pada awal bulan ini, AlShabaab mengakui bahawa ia telah merampas semula beberapa lokasi di wilayah itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia