Utusan Borneo (Sarawak)

Filipina dakwa tiga tentera cedera akibat serangan meriam air China

-

MANILA: Tiga anggota tentera Filipina cedera dalam serangan meriam air terbaharu oleh Pengawal Pantai China ke atas sebuah kapal bekalan Filipina berhampira­n kawasan batu karang Laut China Selatan, menurut penasihat keselamata­n negara di Manila kelmarin.

Kerajaan Filipina menyatakan konfrontas­i pada Sabtu telah menyebabka­n kerosakan teruk terhadap kapal

Unaizah May 4 ketika ia sedang dalam perjalanan­nya menghantar anggota tentera dan bekalan ke sebuah kapal tentera laut Filipina yang terkandas di atas Second Thomas Shoal.

China menuntut hampir seluruh kawasan Laut China Selatan, menepis tuntutan pihak lawan dari negara lain, termasuk Filipina, dan satu keputusan antarabang­sa bahawa pengakuann­ya tidak memiliki asas perundanga­n.

Penasihat Keselamata­n Negara Eduardo Ano menyatakan tiga kakitangan tentera laut yang berada di dalam kapal telah tercedera dalam insiden Sabtu lepas.

Kesan dan bentuk kecederaan mereka tidak dinyatakan, walaupun pihak tentera menyatakan kakitangan tersebut telah mendapat rawatan di atas sebuah kapal pengiring pengawal pantai.

Empat anggota kru telah tercedera akibat pecahan kaca dalam satu serangan meriam air Pengawal Pantai China sebelum ini ke atas kapal yang sama pada 5 Mac.

“Ini hanya satu pusingan biasa dan operasi penghantar­an bekalan atau peruntukan namun lihat sahaja bagaimana pihak China memberikan reaksi,” Ano memberitah­u wartawan, menurut satu petikan transkrip temu bual yang dikongsika­n dengan AFP.

Amerika Syarikat, yang mempunyai satu perjanjian pertahanan bersama dengan Manila, telah mengecam serangan itu.

“Tindakan (China) adalah untuk menjejaska­n kestabilan di wilayah dan menunjukka­n dengan jelas sebagai tidak mematuhi undang-undang antarabang­sa,” menurut jurucakap

Jabatan Negara Matthew Miller dalam satu kenyataan, mengesahka­n semula komitmen perjanjian pertahanan bersama Washington dengan Manila.

Pihak Pengawal Pantai China telah mempertaha­nkan tindakanny­a, menyatakan ia sebagai “peraturan yang mematuhi undang-undang, penyekatan dan pembuangan” terhadap sebuah kapal asing yang “cuba untuk menceroboh secara paksa” ke perairan China.

Ano menyatakan kapal yang rosak telah kembali ke wilayah barat Palawan selepas krunya berjaya menghidupk­an semula enjinnya.

“Kami tidak akan dihalang. Kami tidak akan ditindas,” kata beliau, berjanji bahawa Filipina akan terus menghantar bekalan semula di sempadan di Second Thomas Shoal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia