Utusan Borneo (Sarawak)

Polis belum dapat sahkan pemilik bagasi berisi RM500,000

Selagi status tidak sah wang tidak boleh dituntut mana-mana pihak

-

SHAH ALAM: Polis belum dapat mengesahka­n sama ada bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat belibelah di Damansara pada Rabu lepas adalah milik sebuah syarikat teknologi maklumat.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata selagi pengarah syarikat terbabit tidak tampil memberi keterangan, pihaknya tidak boleh mengesahka­n status wang itu dan ia tidak boleh dituntut atau diserahkan kepada mana-mana pihak.

“Kita ada terima laporan daripada seorang individu yang mengaku pengarah sebuah syarikat jenis teknologi maklumat dan mendakwa wang berkenaan milik syarikat itu tetapi malangnya selepas beberapa hari, pengadu masih gagal hadir ke balai atas pelbagai alasan.

“Jadi kita masih belum

“Kita ada terima laporan daripada seorang individu yang mengaku pengarah sebuah syarikat jenis teknologi maklumat dan mendakwa wang berkenaan milik syarikat itu tetapi malangnya selepas beberapa hari, pengadu masih gagal hadir ke balai atas ” pelbagai alasan.

Datuk Hussein Omar Khan Ketua Polis Selangor

dapat mengesahka­n duit itu kepunyaan syarikat terbabit selagi pengadu tidak tampil memberi keterangan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Peringatan Hari Polis ke-217 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.

Hussein berkata wang itu tidak boleh dituntut begitu sahaja tanpa pihak berkenaan memberikan bukti dan rekod yang jelas kepada pihak polis.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pengawal keselamata­n menemukan bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Kelmarin, pengawal keselamata­n berusia 30-an itu membuat laporan polis mengenai penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana yang dijumpainy­a pada 8 pagi, 20 Mac lepas.

Berhubung perkembang­an siasatan kes pukul seorang anggota polis hingga maut dua hari lepas, Hussein berkata keberadaan mangsa di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang itu dipercayai untuk menziarahi ahli keluarga sebelum ditemukan maut.

Beliau berkata siasatan mendapati anggota yang berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur itu tinggal di Kuarters Polis Sungai Besi, Cheras dan sebelum menziarahi ahli keluargany­a dipercayai berlaku pertengkar­an antara mangsa dan isteri.

“Tiada sebarang senjata dijumpai di lokasi kejadian dan orang awam yang mempunyai maklumat serta melihat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Kelmarin, lima lelaki berusia 19 hingga 23 tahun ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Hussein (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada petugas media, Nur Khalidah daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sempena Perhimpuna­n Peringatan Hari Polis Ke-217 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di IPK Selangor, semalam.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Hussein (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada petugas media, Nur Khalidah daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sempena Perhimpuna­n Peringatan Hari Polis Ke-217 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di IPK Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia