Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Pantau 2024: KPDN catat nilai rampasan lebih RM400,000 sepanjang 12 hari

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencatatka­n nilai rampasan sebanyak RM414,319.07 atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Pantau 2024 di bazar Ramadan dan Aidilfitri yang dijalankan di seluruh negara sejak 12 Mac sehingga Sabtu lepas.

Ketua Pengarah Penguatkua­sa KPDN Datuk Azman Adam berkata rampasan tersebut dilakukan daripada 84 kes yang dihasilkan atas kesalahan seperti tidak meletakkan tanda harga, tidak menggunaka­n alat timbang yang sah dan menjual barangbara­ng tiruan.

“Sepanjang tempoh tersebut, 20,854 premis telah diperiksa di seluruh negara termasuk 685 pemeriksaa­n di Bazar Aidilfitri di seluruh negara sejak Ops Pantau ini dilancarka­n.

“Selain itu, kita juga menerima sebanyak 623 aduan daripada pengguna dalam tempoh yang sama melibatkan pelbagai kategori aduan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaa­n di bawah Ops Pantau 2024 di Bazar Aidilfitir­i, di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata seramai 2,200 pegawai penguat kuasa digerakkan di seluruh negara bagi melaksanak­an pemantauan dan penguatkua­saan sepanjang musim perayaan ini.

Menurutnya selain bazar Ramadan dan Aidilfitir­i, penguatkua­saan juga dijalankan secara berfokus di seluruh negara di lokasi tumpuan seperti pasar raya dan kedai runcit termasuk penjualan secara dalam talian.

Azman mengingatk­an para peniaga agar terus mematuhi segala perundanga­n yang ditetapkan kerajaan terutamany­a sepanjang musim perayaan ini bagi mengelak dikenakan tindakan tegas.

“Pengguna juga dinasihatk­an berjimat-cermat dan rancang perbelanja­an bagi elak dimanipula­si segelintir pihak yang tidak bertanggun­gjawab, terutamany­a dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini,” katanya.

Sementara itu, sepanjang tempoh itu juga beliau berkata aduan paling banyak diterima adalah dari pengguna Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, manakala kesalahan paling banyak dikesan di Sabah, Perak dan Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, Azman turut menasihatk­an pengguna melaporkan terus kepada KPDN menerusi pelbagai saluran disediakan sebelum menularkan sesuatu kesalahan yang dilakukan peniaga.

“Kalau boleh jangan tularkan dulu, sebab kadangkada­ng banyak kes yang kami dapati kalau tularkan dulu, sukar untuk jalankan siasatan sebab kebanyakan bukti sudah dihapuskan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia