Utusan Borneo (Sarawak)

Kanada, Costa Rica tempah tiket ke kejohanan Copa Amerika

Masing-masing memenangi perlawanan ‘playoff ’ CONCACAF di Texas

-

DALLAS: Kanada dan Costa Rica menempah tiket ke kejohanan Copa Amerika tahun ini selepas masing-masing memenangi perlawanan ‘playoff’ CONCACAF di Texas.

Kanada layak ke kejohanan terbesar benua Amerika Selatan selepas menewaskan Trinidad & Tobago 2-0 sebelum Costa Rica bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Honduras 3-1 di Stadium Toyota di Frisco.

Gol Cyle Larin dan Jacob Shaffelbur­g memastikan kemenangan Kanada, yang sekarang akan bertemu juara dunia, Argentina pada perlawanan pembukaan Copa Amerika pada 20 Jun depan.

“Ia sangat bermakna bagi kami sebagai sebuah pasukan, saya gembira menjaringk­an gol dan untuk melangkah ke Copa Amerika,” kata Larin selepas kemenangan itu.

“Ia adalah prestasi yang baik daripada pemain. Kami tahu ia pastinya sukar untuk menembusi pertahanan mereka tetapi kami mengekalka­n pelan permainan, bersatu dan memperoleh­i kemenangan.”

Larin, yang beraksi untuk kelab Real Mallorca dalam La Liga Sepanyol, meletakkan Kanada di hadapan pada minit ke-61 selepas menerima umpanan kemas Tajon Buchanan.

Shaffelbur­g, yang masih sebagai pemain gantian, melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan selepas menerima satu hantaran kemas Jonathan David.

Dengan kemenangan itu, Kanada mengesahka­n satu

“Ia sangat bermakna bagi kami sebagai sebuah pasukan, saya gembira menjaringk­an gol dan untuk melangkah ” ke Copa Amerika.

Cyle Larin Pemain Kanada

tempat dalam Kumpulan A kejohanan, bersama-sama Argentina, Peru dan Chile.

Costa Rica pula mengesahka­n tempat ke Kumpulan D, bersama-sama Brazil, Colombia dan Paraguay selepas menang 3-1 ke atas Honduras.

Satu perlawanan menarik menyaksika­n Honduras membuka jaringan menerusi rembatan kencang Michaell Chirinos seawal minit ke-10 perlawanan.

Orlando Galo bagaimanap­un mengikat kedudukan buat Costa Rica dua minit selepas itu apabila merembat bola dari jarak dekat selepas pertahanan Honduras gagal mengeluar bola bahaya dari satu tendangan percuma.

Pemain remaja, Warren Madrigal kemudian meletakkan Costa Rica di hadapan buat kali pertama pada minit ke-56 sebelum Jeferson Brenes melengkapk­an jaringan pada minit ke-62.

Copa Amerika, kejohanan bola sepak terbesar Amerika Selatan, diperluask­an kepada penyertaan termasuk pasukan dari Zon CONCACAF tahun ini dan akan dianjurkan di beberapa venue di AS. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada perlawanan ‘playoff’ CONCACAF di antara Costa Rica dan Honduras di Stadium Toyota di Frisco, Texas, kelmarin.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada perlawanan ‘playoff’ CONCACAF di antara Costa Rica dan Honduras di Stadium Toyota di Frisco, Texas, kelmarin.
 ?? ?? RAPHINHA
RAPHINHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia