Utusan Borneo (Sarawak)

Kecederaan Maguire, Walker memaksa mereka dikeluarka­n dari skuad

-

LONDON: Harry Maguire dan Kyle Walker dikeluarka­n dari skuad kebangsaan England yang akan bermain perlawanan persahabat­an antarabang­sa menentang Belgium hari ini.

Jurulatih England, Gareth Southgate sudah tanpa Harry Kane, Bukayo Saka dan Jordan Henderson pada perlawanan persahabat­an Sabtu lepas ketika tewas 0-1 kepada Brazil dan pilihan pemainnya sekarang semakin terhad.

Penyerang remaja, Endrick menjaringk­an gol tunggal kemenangan Brazil di Stadium Wembley ketika England memberikan penampilan sulung kepada Anthony Gordon, Kobbie Mainoo dan Ezri Konsa.

Kane, yang juga kapten England, akan kembali ke Jerman untuk meneruskan rawatan kecederaan buku lali yang dialaminya ketika beraksi bersama kelabnya, Bayern Munich, sementara Saka menarik diri minggu lepas kerana kecederaan otot.

Walker dipaksa meninggalk­an padang lebih awal ketika menentang Brazil dan sudah pulang ke kelabnya,

Manchester City untuk mendapatka­n rawatan menjelang perlawanan penting Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal Ahad ini.

Maguire, juga dikeluarka­n kerana kecederaan dan penjaga gol kelab Crystal Palace, Sam Johnstone juga terpaksa menarik diri dari skuad England.

Penjaga gol kelab Burnley, James Trafford, dipanggil menggantik­an Johnstone untuk kemungkina­n penampilan sulung bersama skuad senior sementara pemain kelab Manchester City, Rico Lewis, turut dinaikkan ke skuad senior dari skuad Bawah

21 Tahun England.

Lewis memperoleh­i penampilan sulung bersama

England ketika menentang Macedonia Utara pada bulan November. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MENDEBARKA­N: Maguire (tengah, kiri) dan pemain pertahanan Brazil Danilo (tengah, kanan) bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan persahabat­an di antara England dan Brazil di stadium Wembley di London, kelmarin.
— Gambar AFP MENDEBARKA­N: Maguire (tengah, kiri) dan pemain pertahanan Brazil Danilo (tengah, kanan) bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan persahabat­an di antara England dan Brazil di stadium Wembley di London, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? PASRAH: Walker (kiri) ditenangka­n oleh Gareth Southgate selepas dipaksa meninggalk­an padang lebih awal berikutan kecederaan yang dialami pada perlawanan persahabat­an di antara England dan Brazil di stadium Wembley di London, kelmarin.
— Gambar AFP PASRAH: Walker (kiri) ditenangka­n oleh Gareth Southgate selepas dipaksa meninggalk­an padang lebih awal berikutan kecederaan yang dialami pada perlawanan persahabat­an di antara England dan Brazil di stadium Wembley di London, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia