Utusan Borneo (Sarawak)

Sepanyol punyai ‘kekuatan’ buru kejuaraan di Euro 2024: De la Fuente

-

LONDON: Jurulatih kebangsaan Sepanyol, Luis de la Fuente menegaskan skuadnya mempunyai ‘kekuatan’ untuk memburu kejuaraan di Euro 2024 di mana bekas juara itu akan menjadi ‘calon juara’.

Jurulatih berusia 62 tahun itu bercakap dengan agensi berita AFP sebelum tewas 0-1 kepada Colombia dalam satu perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium London.

Selain dari membincang­kan perkembang­an pasukannya, De la Fuente juga menyelar penahanan dalam satu siasatan rasuah minggu ini, siri skandal terbaharu yang mencemari persekutua­n bola sepak Sepanyol (RFEF).

“Ia tidak bagus untuk bola sepak Sepanyol di mana perhatian ini beralih ke fokus lain,” kata De la Fuente.

De la Fuente membimbing skuad Bawah 19 Tahun dan Bawah 21 Tahun masingmasi­ng memenangi kejuaraan Eropah dan pingat perak Sukan Olimpik di Tokyo sebelum mengambil alih skuad kebangsaan dan memenangi kejuaraan Liga Negara UEFA pada Jun 2023.

Sepanyol adalah salah satu dari enam pasukan pilihan teratas dari 24 pasukan yang menyertai Euro 2024 di Jerman pada musim panas ini.

“Kami adalah antara calon yang akan bersaing untuk kejuaraan,” kata De la Fuente.

“Kami harus cuba menggapai jangkaan dan jangkaanny­a ialah kami akan bersaing untuk menang.

“Mencapai kemenangan di peringkat ini adalah sangat sukar kerana pasukan lain membuat persediaan yang baik, dengan barisan pemain yang sangat bagus.”

“Kami berada dalam kumpulan sukar, bersamasam­a Croatia, Itali dan jangan lupa Albania, yang muncul juara kumpulan (kelayakan), dengan jurulatih yang hebat, pemain yang sangat bagus walaupun tidak begitu dikenali oleh ramai peminat,” kata De la Fuente.

Di kejohanan Euro terakhir, Sepanyol menewaskan Croatia di pusingan 16 akhir tetapi tewas kepada Itali, yang akhirnya muncul juara, di peringkat separuh akhir.

“Croatia dan Itali boleh bersaing untuk tangga teratas, dan kemudian anda mempunyai Perancis, Portugal, England, Jerman,” tambahnya.

De La Fuente sudah merombak skuad Sepanyol. Dalam perlawanan menentang Colombia, hanya Aymeric Laporte bermula dari perlawanan kompetetif terakhir Sepanyol - tewas di pusingan kedua kepada Maghribi di Piala Dunia 2022.

“Kami mempunyai kemampuan untuk menghasilk­an pasukan yang hebat. Apa yang kami perlukan? Masa,” kata De la Fuente.

Menentang Colombia, De la Fuente memberikan penampilan pemain berusia 16 tahun, Lamine Yamal, Pau Cubarsi (17 Tahun) dan Nico Williams (21), yang juga dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Maghribi dan Pablo Sarabia, yang gagal menyempurn­akan penalti menentang Colombia.

Yamal menggantik­an Sarabia pada minit ke-72.

“Saya datang dari latar akar umbi,” kata De la Fuente. “Komitmen kami, kepada orang yang kami percaya dalam sistem remaja, ia bukan tentang teori, ia pelaksanaa­n.

“Golongan muda yang menjadi jurulatih, dengan bakat, dengan persediaan, dengan potensi, memerlukan peluang. Anda tidak harus melihat kepada usia. Adan ada pemain muda, dengan potensi, yang menunjukka­n pada setiap hari Ahad di kelab mereka di mana mereka bersedia untuk bersaing di peringkat tertinggi.”

Pada Rabu, polis Sepanyol menggeleda­h ibu pejabat

RFEF di luar Madrid, selain hartanah bekas presidenny­a, Luis Rubiales di Granada.

Media Sepanyol melaporkan siasatan berkaitan kontrak yang ditandatan­gani oleh Rubiales untuk membawa Piala Super Sepanyol ke Arab Saudi, antara lain.

“Tanggungja­wab kami juga untuk memberi fokus kepada usaha yang kami lakukan, kerana kami mempunyai komitmen yang hebat, tanggungja­wab yang hebat, kepada masyarakat, kepada keseluruha­n negara, kepada bola sepak Sepanyol, untuk mengembali­kan maruah persekutua­n bola sepak Sepanyol.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia