Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tidak beri laluan mudah

Pan Gon menuntut janji diberikan kualiti padang berada dalam keadaan terbaik menentang Oman malam ini

-

PETALING JAYA: Malaysia tidak memberikan Oman jalan mudah ketika keduadua pasukan bertemu pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam ini.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengakui Oman berkeduduk­an ke-80 dunia, sebuah pasukan lebih baik namun berharap bermain di laman sendiri akan membantu pasukannya dalam berhadapan perlawanan sukar itu.

Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata perlawanan malam ini amat penting dan berharap peminat membanjiri stadium bagi membantu pemain-pemain menyaingi kekuatan ‘Red Warrior’ bagi mendapatka­n sekurangku­rangnya keputusan seri.

“Oman satu pasukan yang bagus, lebih baik daripada kita, jadi tentunya mereka menyerang kita, walaupun perlawanan nanti berhadapan pasukan dengan ranking lebih baik dan mahu menduduki tempat teratas kumpulan, mereka tentunya menyerang. Bagi kami ia perlawanan penting di laman sendiri, kita tidak mahu mengalah, tetap teguh dan memberikan tentangan.

“Jika kita dapat satu mata dengan pasukan ke-80 dunia, ia bagus kerana kita ada dua lagi perlawanan menentang Kyrgyzstan dan Taiwan. Jika kita dapat tiga mata, itu yang terbaik tetapi jika dapat satu mata ia seperti satu kejayaan, kita perlu dapatkan satu mata,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini semalam.

“Jika kita dapat satu mata dengan pasukan ke-80 dunia, ia bagus kerana kita ada dua lagi perlawanan menentang Kyrgyzstan dan Taiwan. Jika kita dapat tiga mata, itu yang terbaik tetapi jika dapat satu mata ia seperti satu kejayaan, ” kita perlu dapatkan satu mata.

Kim Pan Gon Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Perlawanan malam ini merupakan peluang Malaysia membalas dendam atas kekalahan 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D sebelum ini di Muscat, pada Jumaat (waktu Malaysia).

Pan Gon berkata tidak banyak dapat dilakukan dalam tempoh singkat selepas pulang dari Muscat namun pasukan kejurulati­han telah memberikan kesemunya bagi menyediaka­n pasukan terkuat.

Sementara itu, ketua pasukan Dion Cools berkata tempoh masa singkat menyukarka­n pasukan melakukan pembaikan dari segi positif.

“Seperti jurulatih (Pan Gon) katakan, kita hanya ada masa singkat dan pasukan dapat ubah sesuatu dari pandangan pasukan ia suatu bagus, kami boleh bertindak cepat dan tunjukkan sesuatu dan bermain di laman sendiri suatu yang penting untuk kami, harapkan keputusan lebih baik,” kata pemain pertahanan tengah berusia 28 tahun itu.

Kumpulan D menyaksika­n

Oman, Kyrgyzstan dan Malaysia berkongsi enam mata menduduki tiga tempat teratas kumpulan dengan jaringan gol yang berbeza, manakala Taiwan di tempat tercorot tanpa sebarang mata.

Selepas Oman, Malaysia menduduki tempat ke-32 dunia bertemu Kyrgyzstan (104) di Bishkek pada 6 Jun dan menutup perlawanan kumpulan bertemu Taiwan (153) di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Sehubungan itu, Pan Gon menuntut janji diberikan kualiti padang berada dalam keadaan terbaik bagi perlawanan menentang Oman malam ini.

Beliau tidak melihat keadaan terkini Stadium Nasional namun telah dijanjikan oleh mereka terlibat bahawa padang itu sedia digunakan untuk perlawanan malam ini.

“Saya tidak lagi melihat padang, juruteknik menjanjika­n kepada saya beliau memberikan padang terbaik, kami perlukan padang baik, jadi kami harapkan dapat melihat padang bagus,” kata jurulatih berusia 54 tahun itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keadaan padang Stadium Nasional menjadi topik hangat pelbagai pihak berikutan tersebarny­a imej dan video keadaan padang kurang memuaskan barubaru ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Oman Jaroslav Silhavy berkata pasukannya tidak dapat menjalani sesi latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bekas ketua jurulatih Czech Republik membimbing Oman menewaskan Malaysia 2-0 di Muscat Jumaat lepas (waktu Malaysia) berkata, mereka tidak mendapat kebenaran untuk menguji padang sebelum perlawanan kerana dimaklumka­n ia tidak berada dalam keadaan terbaik.

“Kami dimaklumka­n tidak berlatih di Stadium Nasional kerana padang tidak dalam keadaan baik untuk latihan, untuk Malaysia ataupun Oman, situasi tidak bagus untuk kedua-dua pasukan,” kata jurulatih berusia 62 tahun itu.

Berdasarka­n maklumat disediakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan kebangsaan menjalani latihan di sini manakala Oman pula di Stadium Majlis Perbandara­n Petaling Jaya (MBPJ). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEDIA: Skuad Harimau Malaya menjalani kem latihan pusat bagi persediaan Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 menentang Oman malam ini.
— Gambar Bernama BERSEDIA: Skuad Harimau Malaya menjalani kem latihan pusat bagi persediaan Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 menentang Oman malam ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? CENDERAMAT­A: Presiden Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) Rozi Muhamad (kiri) menyampaik­an jersi tidak rasmi KDNFC kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (kanan) pada Majlis Iftar Jamaie dan Pelancaran Penjenamaa­n Baharu Kelantan Darul Naim malam kelmarin.
— Gambar Bernama CENDERAMAT­A: Presiden Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) Rozi Muhamad (kiri) menyampaik­an jersi tidak rasmi KDNFC kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (kanan) pada Majlis Iftar Jamaie dan Pelancaran Penjenamaa­n Baharu Kelantan Darul Naim malam kelmarin.
 ?? ?? PAN GON
PAN GON
 ?? ??
 ?? ?? SILHAVY
SILHAVY
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia