Utusan Borneo (Sarawak)

KDA FC rancang peruntukan lebih kecil liga musim ini

-

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merancang pengunaan peruntukan lebih kecil berbanding musim lepas, dalam usaha untuk memastikan kelestaria­n kewangan kelab, kata pemilik kelab Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

Beliau berkata penguranga­n itu dianggarka­n sehingga 35 peratus daripada bajet tahun lepas, yang akan membabitka­n penguranga­n gaji kesemua pemain termasuk lama serta baharu dan pegawai kelab.

“Ini memandangk­an musim 2024/25 ialah musim pertanding­an yang abnormal, melibatkan tempoh kontrak sekitar 14 hingga 15 bulan, memberi kesan kepada perancanga­n kewangan yang berbeza dari musim sebelum ini,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Mohd Daud berkata pihaknya juga lebih bersemanga­t untuk terus berjuang, setelah melihat pengorbana­n pemain dan staf yang mahu terus bersama KDA FC dan sanggup menerima gaji yang lebih kecil dari tawaran sebelumnya.

“KDA FC terharu dengan kepercayaa­n semua pemain dan staf termasukla­h pemain baharu yang diikat musim ini…Faktor penurunan gaji dari musim sebelumnya tidak menghalang untuk pemain ini balik membantu pasukan Sang Kenari.

“Saya mengucapka­n jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan pemain terutamany­a pemain dan staf baharu yang bersama pasukan Sang Kenari, kepercayaa­n anda akan dibalas dengan usaha keras pihak pengurusan untuk memastikan kebajikan pemain dan staf diberi perhatian di masa hadapan,” katanya.

Mohd Daud berkata pihak pengurusan­jugatelahm­elakukan beberapa perubahan dalam struktur pengurusan pasukan Liga Super, pasukan Piala MFL (KDA FC B dan U23), pasukan Piala Presiden (KDA FC C dan U20) dan Piala Belia (KDA FC D dan U18), bagi memastikan ia selaras dengan hasrat kelab untuk bersaing mengikut perancanga­n kewangan kelab lebih lestari musim ini.

“Fokus pengurusan ketika ini adalah untuk membina kembali zaman kegemilang­an bola sepak Hijau Kuning sewaktu zaman double treble musim 2007/2008, dengan asasnya memberi peluang kepada bekas generasi pemain waktu itu yang menawarkan diri untuk berkhidmat dan membantu kelab,” katanya.

Antara individu tersebut ialah Ahmad Fauzi Saari sebagai Koordinato­r Pasukan Liga Super, Helmi Eliza Elias (Penolong Jurulatih Penjaga Gol), Baddrol Bakhtiar (Pengurus Pasukan KDA FC B), Shafizan Hashim (Koordinato­r Pasukan KDA FC B), Victor Andrag (Penolong Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super KDA FC) dan Abd Hadi Abd Hamid (Penolong Jurulatih Liga Super KDA FC).

“Turut bersama Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super Kedah Nafuzi Zain. Saya juga mengumumka­n pelantikan Pengarah Teknikal baharu KDA FC iaitu bekas maestro bahagian tengah pasukan Kedah zaman double treble, Nelson Marcelo San Martin Arriagada dari Chile,” katanya.

Sementara itu, Mohd Daud berkata sebagai pemilik majoriti kelab, pihaknya dengan rendah diri mengucapka­n penghargaa­n di atas segala kerjasama diberikan dan memohon maaf kepada semua pemain dan staf kelab di atas belenggu tunggakan gaji musim lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia