Pameran di Paris serlah usaha pemuliharaan di Sarawak
Berazam terus pupuk kesedaran, tindakan yang lebih besar ke arah pelancongan mampan, pemuliharaan di rantau ini
KUCHING: Pameran Keharmonian Budaya, Alam Semula Jadi dan Pengembara yang berlangsung di Secur Hall, Paris telah berjaya memberi inspirasi kepada usaha pemuliharaan di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Sarawak Forestry Corporation (SFC) menerusi kenyataan akhbar semalam berkata, pameran yang berakhir semalam juga membawa perwakilan bersama-sama meraikan kekayaan serta kepelbagaian budaya dan keindahan alam semula jadi.
Justeru, Sarawak berhasrat untuk terus memupuk kesedaran dan tindakan yang lebih besar ke arah pelancongan mampan serta pemuliharaan di rantau ini.
Sarawak juga katanya, menyasarkan Taman Negara Niah untuk dicatatkan sebagai Tapak Warisan Dunia (WHS) pada 2024.
“Pameran berlangsung selama tiga hari ini sejajar dengan mandat UNESCO iaitu meraikan warisan budaya yang pelbagai dan mempromosikan pembangunan mampan melalui usaha pemuliharaan.
“Dengan memupuk kesedaran dan penghargaan, acara ini menggalakkan dialog antara budaya, menyumbang kepada misi UNESCO untuk mempromosikan keamanan dan saling menghormati,” katanya.
Menurut SFC, acara transformatif itu mempamerkan kepelbagaian budaya yang kaya, landskap menakjubkan serta semangat pengembaraan Sarawak dan juga Malaysia.
Pameran dianjurkan SFC secara kolaboratif dengan Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO Paris, Kementerian Pembangunan Bandar
Dengan memupuk kesedaran dan penghargaan, acara ini menggalakkan dialog antara budaya, menyumbang kepada misi UNESCO untuk mempromosikan keamanan dan saling menghormati.
dan Sumber Asli (MUDeNR) Sarawak, Kementerian Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Universiti Malaysia Sarawaak (UNIMAS), Jabatan Integriti Nasional Malaysia dan Jabatan Muzium Sarawak.
Penganjurannya bertujuan melibatkan perwakilan melalui tayangan bertenaga serta pameran interaktif dan perbincangan, menonjolkan gabungan harmoni pelbagai budaya juga khazanah semula jadi di rantau ini.
Objektif utamanya ialah memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap warisan budaya, landskap dan biodiversiti rantau ini, menggalakkan amalan pelancongan mampan serta penglibatan masyarakat dalam usaha pemuliharaan.
Pada 26 Mac 2024, majlis resepsi diadakan sebagai mengalu-alukan kira-kira
100 peserta dan Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah
dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh selaku tetamu kehormat.