Bekalan tong gas LPG di Limbang mencukupi
Bekalan tong gas petroleum cecair (LPG) di bahagian Limbang adalah mencukupi.
Menurut jurucakap pengedar sah PETROSNiaga di Limbang Lebih Mampat Sdn Bhd, para pengguna yang ingin membuat pertukaran tong gas kuning kepada tong gas LPG PETROS (merah/ hijau), dinasihatkan untuk menghubungi mereka di talian 013-8447734 atau Maju Gas Supply Sdn Bhd (017-2206580) melalui aplikasi WhatsApp.
“Pengguna juga tidak perlu membayar caj penukaran tong gas kuning yang kosong kepadatonggasLPGPETROS (merah/hijau).
“Pengguna juga diingatkan bahawa tiada had masa untuk penukaran.
“Oleh itu, pelanggan sekali lagi dinasihatkan untuk menghabiskan kandungan tong gas mereka sebelum membuat penukaran bagi mengelakkan pembaziran,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Pengguna boleh membuat aduan melalui talian telefon Perkhidmatan Pelanggan PETROS di talian 1300-882122 atau melalui https://www. petroleumsarawak.com/ petroslpg/get-in-touch.
Terdahulu, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mahu kesukaran yang dihadapi penduduk Limbang untuk menukar LPG daripada MyGaz (tong kuning) kepada PETROS (tong merah) perlu diberi perhatian dan diselesaikan pihak berkaitan.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu, terdapat aduan yang diterima pihaknya berhubung kesukaran penduduk di sini untuk menukar LPG MyGaz kepada tong merah ketika ini.
Justeru, beliau mahu masalah itu tidak berlarutan dan diselesaikan secara tuntas lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini.