Lelaki didenda RM2,000 kerana miliki, jual bunga api dan mercun tanpa lesen
Seorang lelaki tempatan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah memiliki serta menjalankan aktiviti menjual bunga api dan mercun tanpa lesen sah.
Majistret Mason Jaro Lenya Barayan turut memerintahkan Hassan Selamat, 42, untuk dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mengikutkertaspertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di kaki lima berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Satok di sini pada 3 April 2024, sekitar jam 10.30 malam.
Dia didakwa mengikut Seksyen8AktaBahanLetupan1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Fakta kes mendedahkan sepasukan polis membuat pemeriksaan di kaki lima tersebut dan menangkap tertuduh kerana menjalankan aktiviti menjual serta menyimpan bunga api tanpa permit dan lesen yang sah.
Barang-barang kes berupa bunga api pelbagai jenama turut dirampas untuk siasatan lanjut, antara lainnya adalah enam kotak Happy Boom Glow Of
Sunset,limakotakHappyBoom Dinosaur, enam kotak Happy Boom Ground Flower, sekotak Magical Shots dan lain-lain.
Hasil siasatan mendapati pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak mengeluarkan lesen perniagaan untuk menjalankan perniagaan di tempat tersebut.
Malah, pihak PDRM juga tidak menerima sebarang permohonan lesen yang dibuat atas nama tertuduh untuk menjual bunga api sempena perayaan.
Tertuduh tidak diwakili peguam bela sementara pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff.