PSG tempah tiket ke peringkat semifinal Liga Juara-Juara
Menumpaskan Barcelona 4-1 pada perlawanan kedua dengan kemenangan agregat 6-4 di Estadi Olimpic Lluis Companys
BARCELONA: Kylian Mbappe menjaringkan dua gol ketika Paris SaintGermain bangkit untuk menewaskan Barcelona 4-1 dan menempah tiket ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan agregat 6-4 pada Selasa.
Ia kelihatan teruk tetapi pasukan memberikan fokus – apa jua yang berlaku, kami harus menewaskan Barcelona.
Raphinha meletakkan Barca di hadapan pada awal permainan namun kad merah Ronald Araujo pada minit ke-29 memberikan kelebihan kepada PSG, walaupun Barca memiliki kelebihan dua gol ketika itu selepas menang 32 pada perlawanan pertama minggu lepas.
Ousmane Dembele dan Vitinha bagaimanapun mengikat kedudukan secara agregat buat PSG dan Mbappe menjaringkan dua gol untuk membawa PSG ke peringkat separuh akhir yang pertama mereka sejak 2021.
Juara Ligue 1 Perancis itu belum pernah memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara walaupun pelaburan besar tetapi menunjukkan bahawa mereka mempunyai senjata untuk melakukannya.
Jurulatih PSG, Luis Enrique, yang pernah membimbing Barca muncul juara kejohanan ini pad 2015, berkata dia percaya pasukannya akan mengubah nasib mereka walaupun tidak pernah bangkit selepas tewas perlawanan pertama di tempat sendiri, dan ia terbukti.
“Ia kelihatan teruk tetapi pasukan memberikan fokus – apa jua yang berlaku, kami harus menewaskan Barcelona,” kata Dembele, yang menerima cemuhan (siulan) daripada penyokong bekas kelabnya.
Barcelona, juara lima kali kejohanan, mengintai peluang melangkah ke peringkat separuh akhir yang pertama sejak 2019 tetapi kad merah Araujo kerana mengasari Bradley Barcola memusnahkan impian mereka.
Kylian Mbappe Penyerang PSG
Ia menjadi satu lagi malam malang buat Barcelona, yang kali terakhir muncul juara pada 2015.
“Di Eropah, bermain dengan 10 pemain, anda tahu anda akan berdepan kesukaran,” kata pemain tengah Barca, Frenkie de Jong.
“Kami cuba dan berusaha untuk ke separuh akhir, ia adalah sukar kerana kami yakin kami boleh mara.”
PSG bermula dengan memberangsangkan dan mengasak Barcelona dalam kawasan padang mereka sendiri tetapi Barca berjaya membuka jaringan.
Lamine Yamal melepasi kawalan Nuno Mendes dan melakukan satu hantaran lintang yang disempurnakan Raphinha untuk gol ketiganya dalam perlawanan itu.
Penyerang PSG menjaringkan gol tetapi Barcola memainkan peranan penting yang mengubah kelebihan kepada PSG.
Pemain sayap itu mengumpan bola kepada Mbappe tetapi penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen beraksi tangkas sebelum Araujo mengasari Barcola.
Pemain pertahanan tengah itu menjatuhkan Barcola ketika dia berlari memasuki kotak penalti, menyebabkan Barca terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Dembelemengikatkedudukan pada minit ke-40 hasil satu lagi umpanan Barcola.
Barcelona bertindak dengan mengeluarkan Yamal untuk membawa masuk pemain pertahanan, Inigo Martinez selepas kad merah Araujo dan
ia menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak pilihan di jentera serangan.
Dengan PSG mengawal permainan, Barca menerima padah kerana gagal mengekalkan bola.
Vitinha mendapat terlalu banyak ruang di hujung kotak penalti dan melakukan rembatan kemas untuk meletakkan PSG di hadapan pada perlawanan kedua itu.
Ilkay Gundogan melihat cubaannya terkena palang untuk Barcelona sebelum jurulatih Xavi dibuang padang kerana membuat bantahan keterlaluan di tepi padang.
Pemain Barca mula hilang fokus dan Joao Cancelo mengasari Dembele dalam kotak penalti, membolehkan Mbappe, yang dikawal ketat pada perlawanan pertama, menyempurnakan penalti untuk gol ke-40 dalam semua pertandingan.
Mbappe, yang dikatakan akan berpindah ke Sepanyol pada musim hadapan, ternyata tidak mencipta sebarang persahabatan di Barcelona apabila meraikan gol di hadapan penyokong mereka.
Mbappe melengkapkan jaringan pada minit ke89 untuk memberikan Barca satu lagi malam yang mengecewakan di Eropah.