Utusan Borneo (Sarawak)

KWSP perkenal Akaun Fleksibel bagi keperluan kewangan jangka pendek

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumka­n inisiatif Penstruktu­ran Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei ini dengan memperkena­lkan Akaun Fleksibel bagi keperluan kewangan jangka pendek.

KWSP dalam kenyataan memaklumka­n inisiatif itu bagi tujuan menambah baik keselamata­n pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli apabila bermula tarikh tersebut semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula daripada dua akaun sebelum ini iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga akaun.

Ia melibatkan Akaun Persaraan bagi mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahter­aan semasa persaraan dan Akaun Fleksibel.

Akaun Fleksibel adalah akaun baharu untuk menyediaka­n fleksibili­ti dengan simpanan dalam akaun itu boleh dikeluarka­n pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli dan minimum pengeluara­n sebanyak RM50.

“Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar. Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntuk­kan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus ke dalam Akaun Sejahtera dan 10 peratus ke dalam Akaun Fleksibel,” menurut kenyataan itu.

Menurut KWSP, antara 11 Mei dan 31 Ogos ini ahli diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahka­n sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelumnya Akaun 2) sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel, dan sekiranya ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera.

 ?? ?? INISIATIF BAHARU: Penstruktu­ran Semula Akaun KWSP bertujuan menambah baik keselamata­n pendapatan persaraan.
INISIATIF BAHARU: Penstruktu­ran Semula Akaun KWSP bertujuan menambah baik keselamata­n pendapatan persaraan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia