Utusan Borneo (Sarawak)

Sepuluh keluarga terjejas angin kencang badai bumbung rumah

Turut terjejas rumah sarang burung, beberapa blok sekolah rendah

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Kita dimaklumka­n 10 kediaman persendiri­an, sebuah rumah sarang burung dan satu blok pentadbira­n dan akademik sebuah sekolah terjejas dalam kejadian ini.

BINTULU: Sejumlah 10 keluarga terjejas apabila bumbung rumah mereka diterbangk­an angin kencang dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang kelmarin di Kampung Pandan, Sebauh.

Kejadian itu turut melibatkan rumah sarang burung, blok pentadbira­n dan akademik Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Sebauh, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bintulu Kapten (PA) Mohd Johari Mohd Taufik berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.10 petang daripada orang awam, seterusnya pasukan APM bersama beberapa anggota bomba, polis dan pegawai pejabat daerah bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita dimaklumka­n 10

kediaman persendiri­an, sebuah rumah sarang burung dan satu blok pentadbira­n dan akademik sebuah sekolah terjejas dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, ia melibatkan kediaman Napsia Mustapha (1 penghuni), Bohari Mustapha (8 penghuni) dan Azwan Yahya (4 penghuni) di Kampung Pandan; Kapitan Oh Piak Chin (1 penghuni), Kapitan Teo Kheng Seng (3 penghuni), Kapitan Lee Soon Moi (3 penghuni), Serit Nunong (2 penghuni),

Nyandang Melintang (8 penghuni) dan Baba Umpang (3 penghuni) di Pasar Pandan serta Leila Osman (2 penghuni) di Skim Pembesaran Kampung Pandan.

“Bangunan rumah berstruktu­r kayu tersebut mengalami kerosakan pada bumbung dalam kejadian tersebut,” katanya.

Menurutnya, pasukan APM Sebauh berada di lokasi kejadian bersama agensiagen­si lain untuk mendapatka­n maklumat mangsa dan memantau keadaan yang terjejas.

Kapten (PA) Mohd Johari Mohd Taufik Pegawai APM Daerah Bintulu

“Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan penduduk yang terjejas rumah mereka termasuk sekolah dalam kejadian ini telah berpindah ke kediaman saudara mereka yang terdekat,” katanya.

 ?? ?? MENGEJUTKA­N: Antara kediaman yang terjejas setelah bumbungnya diterbangk­an angin kencang petang kelmarin.
MENGEJUTKA­N: Antara kediaman yang terjejas setelah bumbungnya diterbangk­an angin kencang petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia