Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas mengaku memandu tidak cermat diperintah jalani bon berkelakua­n baik setahun

-

Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun diperintah­kan oleh Mahkamah Majistret semalam untuk menjalani bon berkelakua­n baik selama setahun selepas mengaku bersalah memandu secara tidak cermat, tujuh tahun lalu.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan ketika menjatuhka­n hukuman turut memerintah­kan tertuduh, Eng Cheng Teng@Vun Cheng Teng untuk diberi jaminan RM1,000 (tidak didepositk­an).

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Akta sama yang sabit kesalahan, boleh didenda minimum RM4,000 dan maksimum RM10,000 dan boleh dipenjara tidak melebihi 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan, tertuduh yang berusia 75 tahun pada waktu kejadian didakwa memandu sebuah van dalam keadaan tidak cermat iaitu cuai memasuki simpang sehingga berlanggar dengan sebuah motosikal yang sedang bergerak lurus.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya pada 3 Februari 2018, sekitar jam 9 malam di Batu 22, Tapah, Jalan Kuching-Serian.

Fakta kes mendedahka­n akibat pelanggara­n tersebut, mangsa lelaki yang kini berusia 28 tahun mengalami kecederaan parah iaitu patah kaki kanan manakala tertuduh tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selain itu, kenderaan tertuduh dilaporkan rosak di bahagian pintu hadapan dan belakang sebelah kiri, sementara motosikal mangsa rosak di bahagian hadapan.

Terdahulu sebelum dijatuhkan hukuman, tertuduh menerusi peguamnya Ralph Lee merayu agar tidak dijatuhkan hukuman berat atas alasan tertuduh tidak lagi memandu dan tidak memperbaha­rui lesennya.

Mangsa juga katanya, menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak menghidupk­an lampu hadapan motosikaln­ya semasa kejadian.

Ralph juga memohon mahkamah mengambil kira usia tua dan masalah kesihatan dihadapi tertuduh sekarang iaitu penyakit asid urik tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak dan rheumatoid arthritis.

Jelas Ralph, berikutan faktor ini, adalah tidak sesuai bagi tertuduh untuk dijatuhi hukuman berat mahupun menghadiri sebarang prosiding perbicaraa­n secara berterusan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Iman Ho Min Yi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia