Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak ke arah kukuhkan kerjasama dengan wilayah Wielkopols­ka, Poland

-

Sarawak mengorak langkah ke arah pengukuhan kerjasama dengan wilayah Wielkopols­ka di Poland dalam memastikan kemampanan bumi, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, pengukuhan kerjasama dan hubungan antara kedua-dua pihak boleh dimulakan dengan program pertukaran pelajar antara universiti di Wielkopols­ka dan Sarawak.

“Usaha ini adalah untuk mewujudkan persefaham­an yang lebih baik antara penduduk kedua-dua kawasan,” ujarnya dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam penghargaa­n kepada Marshal Wilayah Wielkopols­ka, Marek Wozniak di Poznan, Poland pada Rabu waktu tempatan.

Terdahulu, Marek men

jemput Abang Johari untuk mengambil bahagian pada Forum Hidrogen Eropah Tengah Kali Ke-3 sebagai penceramah panel, sekali gus mengiktira­f usaha Sarawak ke arah kemampanan alam sekitar di mata dunia.

Pada kesempatan itu juga, Abang Johari menjemput Marek untuk melawat

Sarawak bukan sahaja untuk menghadiri persidanga­n, malah mengenali Sarawak dan insiatif dan aspirasi tenaga hijau di wilayah ini dengan lebih baik.

Antara kongres terdekat melibatkan Sarawak sebagai tuan rumah persidanga­n dunia ialah Kongres dan Pameran Air Dunia Antarabang­sa

pada 2028.

Sementara itu, Marek menzahirka­n rasa hormat atas pendirian Sarawak yang berdiri sama tinggi dengan negara-negara Eropah yang lain dalam mengambil berat tentang perubahan iklim dunia.

Justeru, beliau berharap agar komitmen ini diteruskan bersama negara-negara Eropah yang lain untuk mengurangk­an perubahan iklim dunia yang semakin membimbang­kan.

Hadir sama, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Duta Besar Malaysia ke Poland Dato Chitra Devi Ramiah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzaruddi­n Abdul Rahman serta delegasi kerajaan Sarawak.

 ?? — Gambar UKAS ?? TANDA INGATAN: Sesi pertukaran hadiah antara Abang Johari dan Marek semasa majlis makan malam pada Rabu waktu tempatan.
— Gambar UKAS TANDA INGATAN: Sesi pertukaran hadiah antara Abang Johari dan Marek semasa majlis makan malam pada Rabu waktu tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia