Utusan Borneo (Sarawak)

Betong mendapat sokongan jadi pengeluar makanan

Rancangan itu berada pada landasan tepat apabila syarikat R&D dari Semenanjun­g tubuh stesen di Simpang Debak

-

SPAOH: Rancangan Betong untuk menjadi pengeluar makanan dan produk makanan utama di negeri ini berada pada landasan yang tepat, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut Uggah, sebuah syarikat penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dari Semenanjun­g telah menubuhkan stesennya di sini sekali gus membantu rancangan ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an geran projek luar bandar berjumlah RM1.1 juta kepada pelbagai organisasi, sekolah dan jawatankua­sa keselamata­n kampung dan keselamata­n di sini, kelmarin.

Ahli parlimen Betong Dr Richard Rapu yang menyertai Uggah pada majlis itu turut menyumbang RM87,000.

“Kami amat bertuah kerana kini kami mempunyai syarikat Green World Genetics (GWG) yang telah memulakan perniagaan terasnya menyelidik, membangun dan mengeluark­an benih buahbuahan dan sayur-sayuran tropika berkualiti tinggi di atas plot seluas 27.59 hektar di Simpang Debak sejak tiga tahun lalu.

“Antara sayur-sayuran, buah-buahan dan tanaman yang mereka pilih ialah timun, kacang panjang, betik, jagung dan padi.

“Syarikat itu juga memasarkan benih ini ke seluruh dunia.

“Di bahagian Betong dan khususnya di Bukit Saban, kami melihat banyak potensi dalam industri pengeluara­n benih baharu ini.

“Pasaran untuk benih berkualiti tinggi juga besar dan benih seperti itu agak mahal,” katanya sambil menambah, syarikat GWG akan bertindak sebagai syarikat utama untuk pembekalan benih.

Ujar Uggah lagi, pihaknya bercadang menjemput peniaga tempatan menjadi petani

Kami amat bertuah kerana kini kami mempunyai syarikat Green World Genetics (GWG) yang telah memulakan perniagaan terasnya menyelidik, membangun dan mengeluark­an benih buah-buahan dan sayur-sayuran tropika berkualiti tinggi di atas plot seluas 27.59 hektar di Simpang Debak sejak tiga tahun lalu.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak

kontrak di mana pihak syarikat akan menyediaka­n latihan yang diperlukan.

“Mereka akan menjual benih mereka kepada syarikat yang akan memproses dan membungkus­nya dengan

betul dan yang sangat penting untuk pasaran luar.

“Bersama-sama Jabatan Pertanian di sini, kita akan kenal pasti mereka yang berminat daripada petani tempatan dan kita akan mulakan

dengan kumpulan 50 pertama tahun ini.

“Kami berharap untuk bermula dengan kumpulan awal 50 tahun ini,” katanya.

Ujar Uggah lagi, ini adalah satu industri baharu yang Dr

Richard dan beliau percaya mempunyai potensi yang sangat besar dan yang mesti dieksploit­asi dan manfaatkan sepenuhnya di sini.

Mengenai sama ada petani akan menerima konsep itu, Uggah berkata sebilangan daripada mereka telah mengunjung­i stesen Simpang Debak dan terpesona dengan perkembang­an di situ.

Beberapa petani di sini telah memulakan usaha pertanian moden mereka sendiri dengan hasil yang cukup memberangs­angkan, katanya.

Beliau menambah, GWG yang merupakan syarikat milik Malaysia telah melakukan banyak aktiviti di Semenanjun­g dan mahu mengembang­kan lagi perniagaan mereka di negeri ini.

 ?? ?? TERIMALAH: Uggah menyerahka­n cek geran kepada Tuai Rumah Resli dari Rumah Panjang Serudit, Betong.
TERIMALAH: Uggah menyerahka­n cek geran kepada Tuai Rumah Resli dari Rumah Panjang Serudit, Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia