Utusan Borneo (Sarawak)

RM1 juta dana UNIFOR untuk pembinaan Tua Pek Kong Bintulu

-

Dana Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Sarawak berjumlah RM1 juta telah diserahkan kepada Pertubuhan Penganut Tua Pek Kong Bintulu bagi membantu membina tokong terbabit di pusat bandar lama di sini.

Cek dana tersebut telah diserahkan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Steven Kong Kai Seng mewakili Ahli Parlimen Bintulu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong merangkap Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing kepada Pengerusi Tua Pek Kong Bintulu Sim Yong Huat.

Penyerahan cek dana tersebut turut disaksikan ahli jawatankua­sa pertubuhan tersebut.

Steven berkata, Tiong berharap wakil institusi keagamaan terbabit menggunaka­n dana yang disalurkan melalui permohonan itu dengan cara betul dan bijak.

“Sumbangan ini membuktika­n kesungguha­n Kerajaan Sarawak memastikan pembanguna­n keagamaan berjalan dengan lancar, di samping menjaga kesejahter­aan dan keharmonia­n rakyat pelbagai agama di negeri ini,” katanya di sini, semalam.

Katanya, UNIFOR telah diwujudkan pada 27 April 2017 dalam usaha memelihara keharmonia­n antara agama yang mana Sarawak merupakan negeri pertama dan satu-satunya negeri di Malaysia mempunyai unit khusus untuk urusan agama bukan Islam sebagai simbol penerimaan seluruh agama dan latar belakang negeri ini.

“Ia merupakan gagasan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem yang bertanggun­gjawab mengawal selia dasar-dasar untuk menggalakk­an keharmonia­n antara agama sambil menilai, mencadangk­an dan menggubal dasar, undangunda­ng dan peraturan berkaitan agama lain di Sarawak,” jelasnya.

Sementara itu, Sim berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan UNIFOR yang menyokong permohonan mereka dalam membantu pembanguna­n Tua Pek Kong Bintulu.

“Projek pembinaan Tua Pek Kong termasuk laluan pejalan kaki berbumbung yang dimulakan sejak Mac 2023 kini telah 80 peratus siap.

“Kemungkina­n pada Ogos projek ini akan siap sepenuhnya,” katanya.

Katanya, pelaksanaa­n projek Tua Pek Kong ini lebih mudah hasil bantuan dana daripada kerajaan dan baki kerja setakat ini adalah 20 peratus.

“Sekiranya ada bantuan kewangan seumpamany­a kita akan dapat melaksanak­an projek ini dengan lancar yang mana pembinaann­ya telah memakan tempoh satu tahun setengah,” jelasnya.

 ?? ?? PERUNTUKAN PENTING: Steven (empat kanan) menyerahka­n dana UNIFOR kepada Sim (tiga kiri) untuk Pertubuhan Penganut Tua Pek Kong Bintulu.
PERUNTUKAN PENTING: Steven (empat kanan) menyerahka­n dana UNIFOR kepada Sim (tiga kiri) untuk Pertubuhan Penganut Tua Pek Kong Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia