Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian wirawati TLDM Joanna satu kehilangan besar dan mengejutka­n: Riot

-

Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem menyifatka­n pemergian wirawati Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Laskar Kanan (LK) JJM Joanna Felicia Rohna, 26, adalah satu kehilangan besar dan mengejutka­n buat negara, khasnya negeri Sarawak.

Menurutnya, beliau tidak dapat menahan sebak setelah mendengar khabar duka yang menimpa wirawati itu bersama-sama rakan sepasukan yang lain.

“Pemergian mendiang satu perkara yang mengejutka­n. Saya ketika itu berada di Kuala Lumpur (KL) dan ketika mendengar khabar ini, saya terus mengambil keputusan untuk balik ke kawasan dan memastikan diri saya berada di sini (penghormat­an terakhir).

“Sebagai Ahli Parlimen kawasan ini (Serian), tiada katakata untuk saya ungkapkan kerana ini (pemergian Joanna) merupakan satu kehilangan besar dan mengejutka­n.

“Dia (mendiang) merupakan ‘hero’ kebangsaan dan kami bangga dengan dia,” ujarnya kepada pemberita selepas menghadiri upacara pengebumia­n jenazah Joanna Felicia Rohna di Tanah Perkuburan Kristian, Kampung Engkeroh, Tebakang, di sini semalam.

Beliau pada masa yang sama menyatakan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam urusan berkenaan.

“Terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan terima kasih kepada Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) Mejar Jeneral Mohamed Fauzi Kamis, wakil Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Ketua Pengarah Pasukan Projek Littoral Combat Ship TLDM Lumut Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph serta Penasihat Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer Datuk Stephen Mundaw dan pihak yang terlibat,” jelasnya.

Ditanyamen­genaikebaj­ikan anak-anak mendiang, Richard berkata bahawa perkara itu tidak perlu risau.

“Saya sebagai Ahli Parlimen akan memastikan anakanakny­a terjaga dan urusan kebajikan ini kita tidak perlu risau kerana kerajaan sudah tentu akan mengambil berat urusan ini,” jelasnya.

Sementara itu, suami mendiang, Bintara Muda TMK Haslie Ali, 33, ketika ditemui menyatakan ucapan penghargaa­n kepada semua yang hadir memberi penghormat­an ke atas mendiang isterinya.

“Terima kasih kepada semua yang hadir memberi penghormat­an kepada isteri saya,” jelasnya.

Kata Haslie, dia telah menerima maklumat berhubung insiden berkenaan ketika masih bekerja.

“Saya mendapat khabar ini ketika masih bekerja dan saya sendiri melihat rakaman itu juga,” katanya.

Mendiang Joanna meninggalk­an dua cahaya mata yang masih kecil iaitu Allesia Felice

Haslie, 4 dan Hovannes Haslie, yang berusia setahun.

Terdahulu, Joanna merupakan salah seorang daripada 10 mangsa nahas helikopter TLDM yang terkorban semasa raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 pada pagi Selasa lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.30 pagi itu melibatkan dua helikopter bertembung di udara.

Dua helikopter yang bertembung melibatkan pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dengan pesawat Fennec dinaiki tiga kru sebelum terhempas di dalam Pangkalan TLDM Lumut.

Rentetan kejadian yang menyayat hati itu, sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualka­n berlangsun­g pada Sabtu telah dibatalkan dan akan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat untuk mangsa terlibat nahas berkenaan.

Mereka yang terkorban dalam nahas itu ialah Komander Muhammad Firdaus Ramli, Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfari­s Mohamad Marzukhi, Leftenan Sivasutan Thanjappan, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, Pegawai Waran II TNL Noorfarahi­mi Mohd Saedy, Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar termasuk Joanna.

 ?? — Gambar Rosytein Emmor ?? REAKSI: Riot ketika ditemui media selepas menghadiri upacara berkenaan.
— Gambar Rosytein Emmor REAKSI: Riot ketika ditemui media selepas menghadiri upacara berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia