Utusan Borneo (Sarawak)

Nasib mangsa tanah runtuh di Kampung Pahlawan terbela

-

Nasib mangsa tanah runtuh di Kampung Pahlawan terbela apabila Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Limbang dan agensi kerajaan berkaitan melakukan kerja pembersiha­n batu dan tanah runtuh yang menjejaska­n kawasan garaj rumah penduduk terlibat.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, bagi langkah jangka panjang pula permohonan bagi peruntukan sebanyak RM100,000 akan dikemukaka­n kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk melakukan kerja pembaikan kekal.

Jelasnya, langkah itu dibuat bagi memastikan kejadian tanah runtuh di kawasan itu tidak berulang selepas anggaran kos dibuat Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kami melalui JPBD Limbang, JKR dan pihak bomba menyiasat dan melakukan pembaikan dan hasil siasatan keadaan tanah sudah stabil dan tiada lagi pergerakan.

“Kami akan melakukan kerja-kerja pembaikan awal, pihak JKR akan membersihk­an kawasan tersebut dan meletakkan kanvas supaya ia tidak akan runtuh lagi, ini adalah bantuan ataupun tindakan jangka pendek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada lawatan ke kediaman penduduk yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Kampung

Pahlawan di sini, petang kelmarin.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Jurutera JKR Bahagian Limbang Mahathir Jokeni dan Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu, Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Kota turut membantu membaiki kerosakan sebahagian garaj yang juga menjadi kawasan letak kereta penduduk terjejas.

Beliau berkata lagi, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut diminta melakukan penilaian dan siasatan berhubung sistem perparitan di sesetengah kawasan penduduk di kampung itu yang turut menyumbang kepada kejadian tanah runtuh terutama ketika hujan lebat.

Bagi tujuan itu jelas Dr Abdul Rahman, projek perparitan melibatkan beberapa kediaman di kampung itu akan dimasukkan di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) untuk dilaksanak­an pada tahun depan.

Isnin lepas, kediaman penduduk, Supiyan Nawi, 42, yang turut didiami lima penghuni, terjejas selepas kawasan garajnya rosak dihempap timbunan batu dalam kejadian tanah runtuh pada jam 8 malam.

Kejadian itu bagaimanap­un tidak melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa dan hanya menyebabka­n kerosakan sebahagian garaj terbabit.

 ?? ?? TINJAU: Dr Abdul Rahman (dua kiri), Ramlan dan Sulaiman melawat kediaman yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Pahlawan, Limbang petang kelmarin.
TINJAU: Dr Abdul Rahman (dua kiri), Ramlan dan Sulaiman melawat kediaman yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Pahlawan, Limbang petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia