Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak turut berdukacit­a susulan insiden helikopter berlanggar, terhempas

-

Kerajaan Sarawak menerusi delegasi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 turut berdukacit­a susulan insiden dua helikopter berlanggar di ruang udara dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak pada Selasa lepas.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkesempa­tan mengucapka­n takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut semasa kunjungan hormat delegasi SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Bilik Gerakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak di sini kelmarin.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Rentap berkata insiden itu sangat dirasai kerana ia membabitka­n seorang anak Sarawak yang turut terkorban semasa menjalanka­n

tugas demi negara.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak Khairudin Abu Hanipah mewakili Menteri Besar Perak dalam ucapan aluannya

berkata, kerajaan Perak turut bersedia menghantar atlet dan pegawai mereka ke temasya SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024.

Katanya, kontinjen Perak berhasrat untuk merangkul lebih banyak pingat emas sekali gus merangkul kejuaraan pada tahun ini.

Menutup tirai kunjungan hormat delegasi bagi zon utara, turut berlangsun­g penyerahan watikah jemputan SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 serta pertukaran cenderamat­a daripada Kerajaan Sarawak dan Perak.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Rosey Yunus, Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dolhadi Mazukisert­aTimbalanS­etiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Nur Alina Abdullah Colliner Gohe.

 ?? — Gambar UKAS ?? UNTUK ALBUM: Delegasi SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 merakam kenangan semasa kunjungan hormat di Bilik Gerakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak.
— Gambar UKAS UNTUK ALBUM: Delegasi SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 merakam kenangan semasa kunjungan hormat di Bilik Gerakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia