Utusan Borneo (Sarawak)

Fasiliti sukan untuk SUKMA lengkap sepenuhnya Julai

Persiapan fasiliti sukan lancar, tarikh akhir telah ditetapkan kepada semua kontraktor untuk siapkan kerja

- Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan

KUCHING: Semua fasiliti sukan digunakan untuk penganjura­n temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024 akan lengkap sepenuhnya pada Julai depan.

Jaminan itu dinyatakan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sambil berkata, setakat ini persiapan fasiliti sukan berjalan dengan lancar.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) katanya, beliau telah menetapkan tarikh akhir kepada semua kontraktor yang terlibat untuk menyiapkan kerja-kerja menaik taraf fasiliti sukan.

“Persiapan telah berjalan dengan baik. Kita telah memberi dateline kepada kontraktor-kontraktor yang sedang menaik taraf fasilitifa­siliti di Sarawak.

“Kita ada jawatankua­sa yang mengatur semua ini yang diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee.

“Kesemua fasiliti ini dijangka siap sepenuhnya pada Julai depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai delegasi SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 melakukan kunjungan hormat ke atas Exco Pembanguna­n Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka P. Shanmugan A/L Pitchay di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri Melaka, Ayer Keroh di Melaka semalam.

Hadir sama Menteri Pembanguna­n Wanita, KanakKanak san Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat dan Timbalan

Menteri Pembanguna­n Kesejahter­aan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam.

Selain itu turut hadir, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan

Komuniti Datu Felicia Tan, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Morshidi Fredrick, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan

Sarawak merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak Awang Putrayusri­e Awang Redzuan serta delegasi Sarawak yang lain.

Untuk rekod SUKMA Ke21 yang akan berlangsun­g dari 17 hingga 24 Ogos akan mempertand­ingkan sebanyak 37 sukan membabitka­n 484 acara.

Ia akan dilangsung­kan di sembilan bahagian iaitu Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Mukah, Sri Aman, Betong, Samarahan dan Serian.

Sementara itu, Shanmugan berkata kontinjen Melaka akan menyertai 36 dari 37 acara sukan dipertandi­ngkan.

Katanya, seramai 681 atlet termasuk pegawai akan mengibarka­n cabaran Negeri Hang Tuah pada kempen SUKMA kali ini.

Selain itu katanya, kontinjen Melaka juga akan mengambil bahagian dalam temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang dijadual berlangsun­g dari 20 hingga 28 September.

Persiapan telah berjalan dengan baik. Kita telah memberi dateline kepada kontraktor-kontraktor yang sedang menaik taraf fasiliti-fasiliti di Sarawak.

 ?? Gambar UKAS ?? TERBAIK: Shanmugan (tengah) memperagak­an maskot SUKMA XXI Sarawak dalam sesi foto bersama Abdul Karim, Fatimah dan delegasi Sarawak yang lain.—
Gambar UKAS TERBAIK: Shanmugan (tengah) memperagak­an maskot SUKMA XXI Sarawak dalam sesi foto bersama Abdul Karim, Fatimah dan delegasi Sarawak yang lain.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia