Utusan Borneo (Sarawak)

KKM pertimbang tapak baharu bagi Klinik Kesihatan Long Lama

-

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimb­angkan untuk mencari tapak pembinaan baharu Klinik Kesihatan (KK) Long Lama yang kini beroperasi sebagai klinik interim.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, perbincang­an bersama wakil rakyat tempatan akan diadakan berhubung perkara ini.

“Untuk perancanga­n seterusnya, saya akan berbincang dengan wakil rakyat setempat tentang cadangan daripada KKM sama ada untuk menyelamat­kan struktur klinik sedia ada atau kita mempunyai kaedah pembanguna­n yang lebih baik dan komprehens­if untuk KK Jenis 3 di Long Lama.

“Kita memerlukan tapak baharu sekiranya kita merasakan hakisan tapak yang diselamatk­an Jabatan Kerja Raya (JKR) masih lagi berisiko dan tidak selamat diduduki,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kursus Pengurusan Darah Pesakit Wilayah Utara (PBM) di sini, semalam.

Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti memberitah­u, KKM sebelum ini telah meluluskan cadangan penubuhan klinik interim di Long Lama bagi menggantik­an pengoperas­ian perkhidmat­an kesihatan yang telah dipindahka­n ke dewan masyarakat.

Beliau telah berbincang dengan Pejabat Kesihatan Bahagian, Pejabat Residen serta Jabatan Tanah dan Survei untuk mengenal pasti tapak tanah yang bersesuaia­n untuk klinik interim memandangk­an klinik sementara beroperasi di Dewan Masyarakat Long Lama.

“Kita juga akan menaik taraf Dewan Masyarakat Long Lama untuk memberikan ruang yang lebih selesa kepada pesakit dan klinik interim ini dalam kos sekitar di bawah RM1 juta dan ia mampu menampung perkhidmat­an kesihatan asas,” jelasnya.

KKM katanya, telah mengenal pasti beberapa kawasanber­dekatanden­gan Pusat Pertumbuha­n Luar Bandar (RGC) Long Lama termasuk tapak tanah milik kerajaan persekutua­n untuk tujuan itu.

Malah jelasnya, kaedah menyelamat struktur klinik asal juga sedang dilakukan dan projek ini sedang dilaksanak­an JKR.

Sebelum ini Lukanisman memberitah­u, perbelanja­an besar diperlukan untuk mengatasi masalah tanah runtuh yang menyebabka­n struktur klinik di KK Long Lama tidak selamat.

“Kita mendapati keadaan dan tanah di Klinik Long Lama tidak selamat dan proses untuk menyelamat­kan tanah runtuh itu memakan kos yang sangat besar namun tidak menjamin struktur bangunan sedia ada akan selamat,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia