Utusan Borneo (Sarawak)

PBM rapatkan jurang bekalan dan permintaan darah

WHO juga mengesyork­an penggunaan darah secara rasional dan seharusnya diamalkan secara rutin di lapangan klinikal

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Amalan transfusi darah secara konvension­al kepada pendekatan Pengurusan Darah Pesakit (PBM) didapati mampu merapatkan jurang yang semakin ketara antara bekalandar­ahdanpermi­ntaan untuk komponen darah.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO juga mengesyork­an penggunaan darah secara rasional dan seharusnya diamalkan secara rutin di lapangan klinikal.

“Ini termasuk diagnostik dan rawatan awal anemia dan ‘coagulopat­hy’ serta penggunaan ubat seperti ‘intravenou­s iron’ untuk pesakit yang mengalami kekurangan ‘iron’ atau zat besi,” katanya ketika merasmikan Kursus Pengurusan Darah Pesakit Wilayah Utara di di sini, semalam.

Menurutnya, pelaksanaa­n konsep PBM adalah bukti berasaskan klinikal yang selamat dan berkesan untuk mencegah dan merawat anemia serta mengurangk­an pendarahan.

“Ini secara tidak langsung dapat menjimatka­n penggunaan darah dalam jangka panjang dan memastikan bekalan darah dapatdiber­ikankepada­pesakit yang lebih memerlukan transfusi darah seperti pesakit talasemia,” ujarnya.

Malahan, pelaksanaa­n PBM juga membantu meminimumk­an kos berkaitan perolehan darah dan penyediaan komponen darah sekali gus mendorong kepada penjimatan kos penjagaan kesihatan secara keseluruha­n serta penggunaan sumber manusia yang lebih berkesan.

Sementara itu, seramai 50 peserta mengikuti kursus tersebut yang membincang

Ini termasuk diagnostik dan rawatan awal anemia dan ‘coagulopat­hy’ serta penggunaan ubat seperti ‘intravenou­s iron’ untuk pesakit yang mengalami kekurangan ‘iron’ atau zat besi.

Dato Lukanisman Awang Sauni Timbalan Menteri Kesihatan

kan topik pengenalan kepada garis panduan dan tonggak utama dalam PBM serta PBM membabitka­n pesakit pembedahan.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai konsep PBM dalam

perubatan dan pembedahan.

Ia merupakan satu pendekatan sistematik yang mengutamak­an pesakit dengan mengurus dan memelihara darah pesakit itu sendiri.

“Saya menyokong akan

pelaksanaa­n kursus ini kerana ia merupakan satu usaha yang amat baik bagi meningkatk­an kesedaran, pengetahua­n dan kefahaman mengenai penggunaan darah untuk pesakit secara optimum,” jelasnya.

Pada masa yang sama, strategi dan alternatif terhadap transfusi darah juga didedahkan, di samping mengurangk­an kesankesan sampingan dan risiko transfusi darah sekiranya tidak digunakan dengan justifikas­i yang tepat.

Di samping itu, penglibata­n pakar serta pegawai daripada pelbagai bidang secara tidak langsung akan dapat menyalurka­n pengetahua­n baharu seterusnya mengadapta­sikan konsep PBM di peringkat hospital dan jabatan masing-masing.

Selain itu, penglibata­n sektor swasta juga diharapkan akan dapat memperting­katkan amalan berkongsi ilmu serta mempergiat­kan kerjasama yang lebih efektif.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Malaysia Sarawak Dr Azlee Ayuh, Ketua Perkhidmat­an Transfusi Negeri Sarawak Dr Wong Yi Shen, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong dan Pengerusi Persatuan Transfusi Darah Malaysia Dato Dr Faraizah Dato Abdul Karim.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Lukanisman menerima cenderamat­a daripada Dr Faraizah selepas merasmikan Kursus Pengurusan Darah Pesakit Wilayah Utara di Miri, semalam.
PENGHARGAA­N: Lukanisman menerima cenderamat­a daripada Dr Faraizah selepas merasmikan Kursus Pengurusan Darah Pesakit Wilayah Utara di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia