Utusan Borneo (Sarawak)

SDNU akan memasang papan tanda Rumah Dayak

-

Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) akan memasang papan tanda Rumah Dayak di atas blok kedai empat tingkatnya di Satok di sini.

Papan tanda itu kini sedang dibuat di sebuah kilang sementara menunggu pemasangan, kata Presidenny­a Tan Sri William Mawan Ikom ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Adalah menjadi harapan kesatuan itu bahawa ia akan dipasang sebelum sambutan Gawai Dayak 2024, kata Mawan yang juga penasihat di Pejabat Premier Sarawak, yang menyelia industri makanan, komoditi dan pembanguna­n wilayah.

Projek blok komersial itu sentiasa dinamakan Rumah Dayak sejak peletakan batu asasnya pada 1997.

Bersebelah­an dengan blok lot kedai yang telah siap

sepenuhnya itu akan menjadi menara pejabat, katanya.

“Pembinaan menara pejabat telah dihentikan tetapi SDNU merancang untuk menyambung semula kerja dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau mengakui projek Rumah Dayak telah terhenti sejak sekian lama, namun beliau memilih untuk tidak

melihat ke belakang kepada sejarah sebaliknya bergerak ke hadapan.

“Semuanya akan baikbaik saja pada akhirnya. SDNU akan memindahka­n ibu pejabatnya dari Batu Kawah ke Satok tidak lama lagi. Kami akan mempunyai rumah baharu dan sesuai,” katanya sambil menunjukka­n gambaran artis mengenai papan tanda di atas blok lot kedai berkenaan.

Rumah Dayak lama yang dibuka pada 26 Disember 1969 oleh Ketua Menteri ketika itu Dato Penghulu Tawi Sli adalah lambang kebanggaan masyarakat Dayak sebelum dirobohkan pada 1997.

Sementara itu, Mawan mendedahka­n SDNU akan mengadakan pesta makanan hujung minggu pada 3 hingga 5 Mei.

“Ini adalah sumbangan kecil kami terhadap keseluruha­n perayaan Gawai Sarawak tahun ini supaya ia lebih meriah,” katanya.

Pesta makanan SDNU itu akan dilancarka­n jam 7 malam pada 3 Mei (Jumaat), lengkap dengan persembaha­n kebudayaan, konsert artis tempatan, pertunjuka­n bunga api dan banyak lagi, kata Mawan.

Program sampingan lain yang dibarisi untuk acara pesta makanan termasuk pertanding­an nyanyian karaoke terbuka, pertanding­an wain beras asli atau tuak (kedua-dua program pada 4 Mei) dan sesi cabutan bertuah (5 Mei).

Pelbagai makanan dan minuman serta barangan menarik akan dijual pada hujung minggu tersebut.

Borang penyertaan untuk pertanding­an nyanyian karaoke terbuka dan pertanding­an tuak boleh didapati daripada Conrad Inti Robin (019-8756160) dan Churchill Edward (0178081485).

Untuk maklumat terperinci dan lanjut, mereka yang berminat dinasihatk­an menghubung­i Catherine Kechendai (013-8012708), Norina Emas (019-4399413), Gerard Joseph (019-3921217) dan/atau Wilfred Mujah (019-8885311).

 ?? ?? MERCU TANDA: Gambaran lakaran Rumah Dayak di Satok, dengan papan tanda Rumah Dayak yang baharu.
MERCU TANDA: Gambaran lakaran Rumah Dayak di Satok, dengan papan tanda Rumah Dayak yang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia