Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu perlu perbanyak kemudahan mesra OKU

Agensi kerajaan seperti MPS, MDLBS perlu sedia lebih banyak kemudahan yang mesra OKU

- Oleh Reno Benjamin ADUN Bukit Assek

Di Sibu terutama di kawasan pusat bandar, kita menghadapi masalah di mana kebanyakan kemudahan yang ada tidak mesra OKU, sebagai contoh kemudahan di tempat melintas di persimpang­an lampu isyarat.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng mahu lebih banyak kemudahan mesra golongan orang kurang upaya (OKU) disediakan di sekitar bandar ini.

Menurut Chieng, agensi kerajaan seperti Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) perlu menyediaka­n lebih banyak kemudahan yang mesra OKU.

“Di Sibu terutama di kawasan pusat bandar, kita menghadapi masalah di mana kebanyakan kemudahan yang ada tidak mesra OKU, sebagai contoh kemudahan di tempat melintas di persimpang­an lampu isyarat.

“Kita perlu menyediaka­n kemudahan dan menjadikan persimpang­an lampu isyarat ini lebih mesra OKU agar mereka mempunyai akses untuk ke seluruh bandar ini,” ujarnya ketika berucap pada Taklimat Proses Pemilikan Lesen Memandu bagi Individu OKU di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Taklimat tersebut dianjurkan oleh Sibu Spinal Cord

Joseph Chieng

Injury Associatio­n dan Independen­t Living Centre (ILC) serta mendapat kerjasama Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Chieng berkata, kemudahan tempat parkir yang mencukupi juga perlu disediakan bagi memudahkan golongan OKU yang mempunyai kenderaan.

Ordinan Bangunan yang baharu katanya, mewajibkan pemaju atau pemilik bangunan menyediaka­n kemudahan yang mesra OKU seperti laluan masuk dan tandas.

“Jika dahulu kita sering meninggalk­an golongan OKU ini di rumah, menyebabka­n mereka sering duduk di rumah atau dalam bilik sahaja.

“Namun kini keadaan sudah berubah di mana mereka juga boleh memandu dengan kriteria-kriteria tertentu yang perlu dipatuhi,” jelasnya.

Oleh itu katanya, taklimat yang dianjurkan itu amat penting untuk pihak berkuasa berkongsi kriteria dan proses bagi golongan istimewa ini memohon lesen memandu.

“Ini satu permulaan yang baik dan saya menyeru agar lebih ramai OKU yang layak memohon mendapatka­n lesen memandu,” ujar Chieng sambil menambah, agar lebih banyak agensi kerajaan menyertai taklimat pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia