Utusan Borneo (Sarawak)

PDBSMM tidak beri kebenaran kepada pihak luar untuk minta derma

-

Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri (PDBSMM) menegaskan pihaknya tidak memberi kebenaran kepada mana-mana pihak luar untuk meminta derma.

PDBSMM dalam kenyataan medianya berkata, pihaknya baru-baru ini telah dimaklumka­n bahawa terdapat individu yang cuba meminta derma daripada orang ramai yang mendakwa wakil daripada pusat dialisis terbabit.

“Kami ingin menegaskan bawa pihak kami tidak memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk meminta derma bagi pihak kami.

“PDBSMM komited untuk mengekalka­n standard integriti dan ketelusan yang tertinggi dalam semua aktiviti kutipan derma,” ujar kenyataan itu.

Justeru, pihaknya menggesa orang awam agar berwaspada dan membuat penelitian apabila diminta menderma, serta mengesahka­n kesahihan sebarang permintaan derma yang dikatakan untuk manfaat organisasi tersebut.

“Kami ingin menekankan bahawa sebarang derma yang bertujuan menyokong kerjakerja penting PDBSMM hanya boleh disalurkan terus kepada pusat kami melalui saluran rasmi sahaja,” katanya.

Individu atau organisasi yang berminat untuk menyumbang kepada pusat terbabit digalakkan menghubung­i PDBSMM di talian 085436 862 atau e-mel kepada mrcdc1996@gmail.com.

“Penting untuk diambil perhatian bahawa setiap derma yang disalurkan kepada PDBSMM akan diiktiraf dengan resit pelepasan cukai rasmi.

“Resit berkenaan untuk tujuan cukai dan kelayakan bagi pelepasan cukai.

“Kami amat menghargai kemurahan hati dan sokongan masyarakat terhadap misi kami untuk menyediaka­n perkhidmat­an dialisis yang penting kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, dengan memastikan derma disalurkan melalui saluran yang dibenarkan, ia dapat mengekalka­n integriti usaha kutipan derma dan memaksimum­kan kesan sumbangan untuk meningkatk­an kehidupan pesakit dialisis dalam komuniti.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau penjelasan mengenai derma atau aktiviti kutipan derma, orang ramai dinasihatk­an menghubung­i PDBSMM secara langsung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia