Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha memerangi rabies perlu diberi perhatian serius

Bagi capai sasaran sifar rabies, operasi rintis penguatkua­saan bersepadu dimulakan di Kuching, 29 April hingga 3 Mei

-

KUCHING: Usaha memerangi wabak rabies di Sarawak perlu diberi perhatian bagi mencapai sasaran sifar rabies menjelang 2030, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbira­n) Datu Buckland Bangik.

Bagi mencapai sasaran itu, operasi rintis bagi penguatkua­saan bersepadu rabies di Sarawak akan dilaksanak­an bermula di Kuching dari 29 April hingga 3 Mei depan.

Di bawah operasi itu, Kerajaan Sarawak melalui Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersama agensiagen­si terlibat akan mengenal pasti anjing peliharaan yang belum diberi vaksin dan lesen.

“Sebab utama kita melaksanak­an operasi rintis ini di Kuching adalah untuk menghapusk­an terus wabak rabies di Sarawak sekali gus mencapai sasaran sifar rabies menjelang tahun 2030,” kata Buckland.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Taklimat Persediaan Operasi Penguatkua­saan Bersepadu Rabies Sarawak di Wisma SABATI di sini, semaalam.

Mengulas lanjut, Buckland yang juga timbalan pengerusi JPBNS berkata, operasi rintis itu akan menjadi penanda aras kepada operasi-operasi bersepadu yang dijangka diadakan di seluruh daerah pada masa akan datang.

Sebab utama kita melaksanak­an operasi rintis ini di Kuching adalah untuk menghapusk­an terus wabak rabies di Sarawak sekali gus mencapai sasaran sifar rabies menjelang tahun 2030.

Datu Buckland Bangik Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbira­n)

Daripada operasi rintis ini kelak katanya, penilaian akan dibuat bagi mengenal pasti kelemahan yang perlu dipertingk­atkan serta menentukan sama ada operasi ini boleh dikembangk­an ke daerah-daerah lain di seluruh Sarawak.

Pada taklimat tersebut, Buckland turut menasihati agensi-agensi terlibat untuk bekerja sebagai satu pasukan.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak Dr Nicholas Jenek dan Ketua Pegawai Kesihatan Persekitar­an Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Raphael Engkayau.

 ?? — Gambar UKAS ?? FOKUS: Wakil-wakil agensi terlibat mendengar taklimat mengenai Persediaan Operasi Penguatkua­saan Bersepadu Rabies Sarawak di Wisma SABATI semalam.
— Gambar UKAS FOKUS: Wakil-wakil agensi terlibat mendengar taklimat mengenai Persediaan Operasi Penguatkua­saan Bersepadu Rabies Sarawak di Wisma SABATI semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia