Utusan Borneo (Sarawak)

Everrise perkenal Ganjaran Super Ahli 2.0 dan Kad Black & Platinum Eksklusif

-

Everrise, jenama runcit terkemuka mengumumka­n pelancaran rasmi Kempen Ganjaran Super Ahli 2.0 pada 27 April ini di aras bawah Vivacity Megamall di sini.

Pelancaran kempen ini akan menyerlahk­an cara inovatif untuk ahli Everrise memperoleh ganjaran sambil menjadikan setiap pengalaman membeli-belah lebih menyeronok­kan.

Selain itu, Everrise akan memperkena­lkan Kad Black & Platinum yang berprestij, menawarkan faedah dan keistimewa­an yang lebih eksklusif kepada ahlinya.

Ciri utama kempen ini termasuk E-Putar dan Menang di mana e-ahli yang membeli RM88 pada jenama yang mengambil bahagian dalam satu resit layak mendapat satu putaran dalam aplikasi mudah alih Everrise untuk memenangi hadiah menarik.

Ciri kedua, Kempen Go Green di mana ahli Gold Citizen yang membeli-belah dengan beg eko Everrise akan menerima 10 mata tambahan dengan pembelian minimum RM50.

Bagi ahli Black & Platinum yang membeli-belah dengan beg eko Everrise akan menerima tambahan 20 mata dengan pembelian minimum RM50.

Ciri ketiga kempen ini E-cop, di mana ahli yang

membeli minimum RM60 pada jenama yang mengambil bahagian akan mengumpul esetem untuk menebus produk Meodows.

Pada kempen ini juga akan turut diadakan Beli dan Menang, di mana ahli yang membeli RM60 dan ke atas termasuk tiga jenama yang

mengambil bahagian layak menyertai peraduan dengan hadiah bernilai RM40,000 menanti pemenang bertuah.

Penebusan ahli juga boleh dibuat pada kempen ini di mana ahli boleh menggunaka­n mata terkumpul mereka dengan tambah nilai tunai bagi menebus barangan pada harga istimewa.

Juga akan diadakan Program Rujukan, di mana pendaftara­n ahli yang berjaya akan menerima 50 mata tambahan manakala perujuk akan menerima baucar ediskaun bernilai RM5 serta pendaftara­n ahli secara percuma juga akan diadakan sehingga 30 April.

Sebagai tambahan kepada ciri-ciri utama kempen ini, Everrise juga akan menganjurk­an pelbagai promosi sepanjang tempoh kempen termasuk penurunan segera untuk pembelian melebihi RM60 dan tambahan 350 mata bonus untuk pembelian melebihi RM300 dalam satu resit di semua cawangan Kuching dari 18 hingga 28 April.

Bagaimanap­un 350 mata bonus tambahan hanya boleh dituntut di Vivacity Megamall dari 26 hingga 28 April.

Tambahan lain untuk ahli Black & Platinum diberi peluang eksklusif untuk menukar kad mereka dan mengumpul beg kanvas edisi terhad khas di Vivacity Megamall dari 27 hingga 28 April.

Jangan lepaskan peluang sertai Everrise di Vivacity Megamall pada 27 April ini dan maklumat lanjut ikuti laman Facebook Everrise fb.com/myeverrise atau WhatsApp dan saluran Telegram Everrise.

 ?? ?? GANJARAN: Jom sertai Kempen Ganjaran Super 2.0 Everrise di Vivacity Megamall pada 26 hingga 28 April ini.
GANJARAN: Jom sertai Kempen Ganjaran Super 2.0 Everrise di Vivacity Megamall pada 26 hingga 28 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia