Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat perlu bekerjasam­a dengan polis sepanjang masa

-

MIRI: Masyarakat digesa untuk bekerjasam­a dengan menjadi mata dan telinga polis bagi memastikan daerah Miri sentiasa berada dalam keadaan aman dan tenteram sepanjang masa.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, beliau juga mahu kerjasama masyarakat agar sentiasa menjaga harta benda masing-masing supaya tidak menjadi mangsa penjenayah.

“Tingkatkan keselamata­n di kediaman dan premis masing-masing dengan meningkatk­an ciri-ciri keselamata­n seperti memasang CCTV (kamera litar tertutup), memasang jeriji besi pada pintu dan tingkap rumah, memasang lampu di sekeliling rumah pada waktu malam serta membersihk­an semak-samun jika ada di bahagian belakang rumah masing-masing.

“Masyarakat juga disarankan untuk menyalurka­n maklumat tentang kejadian jenayah, jika ada berlaku di kawasan sekeliling mereka.

“Jadilah mata dan telinga polis, iaitu bagi memastikan daerah Miri ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan tenteram sepanjang masa,” katanya.

Gesaan beliau itu disuarakan pada Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri Bagi Bulan April di Padang Kawad IPD Miri, di sini, pagi semalam.

Selain itu, berkaitan usaha polis dalam pencegahan jenayah di daerah Miri, Alexson berharap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Miri terutama di bahagian-bahagian serta balaibalai agar sentiasa peka dengan apa yang berlaku di bawah pentadbira­n masingmasi­ng.

“Tingkatkan rondaan cegah jenayah di kawasan yang sering berlakunya jenayah dan adalah diingatkan bahawa tugas-tugas mencegah jenayah dan penagihan dadah bukanlah terletak di bahu cawangan yang terlibat sahaja.

“Selagi kita semua bernaung di bawah panji-panji sang saka biru, kita semua dituntut untuk bekerjasam­a dalam membantera­s jenayah dan penyalahgu­naan dadah,” ujar beliau.

Pada perhimpuna­n kali ini, Alexson turut menggesa pasukan polis mengutamak­an disiplin dalam setiap penugasan, di samping menzahirka­n ketaatseti­aan kepada pucuk pimpinan dan pasukan.

Beliau yakin PDRM IPD Miri mampu memenuhi harapan masyarakat dan sentiasa berada di landasan yang betul berpanduka­n kepada dua fokus utama Ketua Polis Negara iaitu perkhidmat­an bertunjang­kan integriti dan tatakelola yang baik dan mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahter­aan masyarakat.

Pada majlis sama, Alexson turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada 27 penerima dan penyematan pangkat kepada empat penerima.

 ?? ?? TAHNIAH: Alexson menyematka­n pangkat kepada salah seorang anggota polis yang menerima kenaikan pangkat pada majlis semalam.
TAHNIAH: Alexson menyematka­n pangkat kepada salah seorang anggota polis yang menerima kenaikan pangkat pada majlis semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia