Utusan Borneo (Sarawak)

Pendedahan awal IT kepada kanak-kanak pupuk generasi celik digital

-

Pendedahan awal kanak-kanak terhadap pembelajar­an teknologi maklumat (IT) dilihat mampu melahirkan golongan itu sebagai celik digital.

Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Lubok Antu Marinda Stewart Thaim berkata, sesi pembelajar­an di peringkat usia berkenaan bukan hanya tertumpu kepada sesi pembeajara­n membaca, mengeja, menulis dan mengira, sebaliknya perlu didedahkan dengan pembelajar­an modul pendidikan IT.

“Ini penting kerana ia merupakan satu usaha untuk melahirkan golongan tersebut sebagai golongan celik digital selari dengan arus pembanguna­n negara yang semakin mencabar,” ujarnya ketika berucap merasmikan Kelas Celik Digital sesi 2024 anjuran Tabika KEMAS Melugu Skim dan Tabika KEMAS Entulang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu dekat sini, semalam.

“Saya sangat memuji usaha kedua-dua kelas tabika ini kerana mempunyai inisiatif yang sangat baik untuk memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak kepada penguasaan ilmu IT.

“Usaha seperti ini perlu diteruskan agar anak-anak yang diajar menggunaka­n komputer sebagai asas ini dapat mengetahui dan mengenali komponen komputer, selain mempelajar­i ilmu asas lain,” jelasnya.

“Saya akan membawa perkara ini ke tabika-tabika lain di kawasan Sri Aman dan Lubok Antu agar turut sama mengambil peluang sebegini untuk mewujudkan kelas celik digital.

“Kita mahu guru-guru tabika kita mengambil peluang keemasan ini untuk memupuk anak-anak didik mereka menguasai ilmu IT dengan menjalin kerjasama dengan pihak (NaDi) yang berdekatan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Tabika KEMAS Melugu Skim Tuai Rumah Siti Amid mahu kelas celik digital itu diteruskan.

“Sekarang ini, semua kerja yang kita buat semuanya menggunaka­n komputer dan wajar juga golongan ini didedahkan dengan teknologi ini,” ujarnya.

Hadir sama ialah Penyelia Prasekolah KEMAS Sri

Aman Wan Habeeb Wan Mohamad, Pengurus NaDi Melugu Stella Tarang, Tuai Rumah Penny dari Kampung Melugu, guru Tabika KEMAS Melugu Skim Kelas A Aznita Welfred, guru Tabika KEMAS Melugu Kelas B Helen Edward Brandah dan guru Tabika KEMAS Entulang Amelia Easther Jalin.

Seramai 14 kanak-kanak Tabika KEMAS Melugu Kelas A, 12 kanak-kanak Tabika KEMAS Kelas B dan lima kanak-kanak Tabika KEMAS Entulang telah menyertai kelas berkenaan yang bermula September tahun lalu.

 ?? ?? TAHNIAH: Marinda ketika menyampaik­an hadiah kepada kanak-kanak tabika.
TAHNIAH: Marinda ketika menyampaik­an hadiah kepada kanak-kanak tabika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia