Utusan Borneo (Sarawak)

Nahas helikopter: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa

- — Bernama

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, menyumbang­kan bantuan Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa (PEKA YKN) RM3,000, kepada waris anggota keluarga mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, dalam masa terdekat.

Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata bantuan yang akan diagihkan dalam masa terdekat itu, diharapkan dapat meringanka­n bebanan yang dialami keluarga mangsa.

“Saya akan menghulurk­an sendiriban­tuan(PEKAYKN) kepada keluarga mangsa di Sarawak, manakala timbalan saya (Datuk Seri Dr Noraini Ahmad) akan menyantuni keluarga mangsa di Sabah dan Lumut,” katanya kepada media selepas Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Mangsa Tragedi Nahas Helikopter, di sini semalam.

Kira-kira 200 warga kerja kementeria­n itu menyertai bacaan Yasin yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam KPWKM Ustaz Muhammad Zaid Jumali.

Nancy berkata KPWKM juga akan menyantuni keluarga mangsa, dengan pendekatan melalui bimbingan kaunseling oleh kaunselor Pusat Sokongan Sosial Setempat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dalam memberi sokongan serta rujukan bantuan yang disediakan jabatan agensi di bawah KPWKM.

Beliau berkata pihaknya juga bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan untuk memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa, termasuk anak-anak mangsa yang masih bersekolah.

“Kementeria­n sentiasa komited membantu mereka yang memerlukan, termasuk waris keluarga mangsa yang kini mungkin hilang tempat untuk bergantung bagi meneruskan kehidupan.

“Saya dan seluruh warga kerja KPWKM berdukacit­a serta mendoakan agar roh mangsa korban ditempatka­n dalam kalangan orang yang beriman dan soleh,” katanya.

Tragedi pagi kelmarin yang membabitka­n pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) di Pangkalan Tentera Laut TLDM di Lumur Perak, mengorbank­an 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia