Utusan Borneo (Sarawak)

MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib

- — Bernama

Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengesan individu terlibat dalam penyalahgu­naan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menyunting gambar sehingga menggaibka­n pengguna media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata langkah itu bertujuan membolehka­n tindakan tegas diambil serta memastikan keselamata­n pengguna dalam talian khususnya golongan kanak-kanak adalah terjamin.

“..kita sangat risau dan sedang mengambil beberapa tindakan tegas mengenai keselamata­n dalam talian, antara lain kita tegaskan bahawa kanak-kanak di bawah usia 13 tahun diharamkan daripada menggunaka­n sebarang aplikasi media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Komunikasi di sini semalam.

Sebelum ini tular di aplikasi X mengenai aktiviti menyunting gambar mengaibkan sehingga mengundang reaksi negatif daripada warganet, dan ramai juga yang memohon agar kerajaan mengharamk­an penggunaan teknologi itu di negara ini.

Fahmi berkata Kementeria­n Komunikasi telah mengadakan sesi pertemuan dengan beberapa wakil penyedia platform media sosial bagi menjamin ketelusan dan akauntabil­iti penggunaan media sosial, serta akan mengumumka­n beberapa tindakan berhubung keselamata­n pengguna dalam talian tidak lama lagi.

“Insya-Allah bulan Jun nanti saya akan mengadakan pertemuan dengan semua platform (media sosial) di Singapura (khususnya) mereka yang menguruska­n aspek ‘moderation’ dan tentang kepatuhan kepada peraturan (media sosial) bagi setiap negara,” katanya.

Beliau turut mengulangi nasihat MCMC Ahad lepas yang mahu golongan ibu bapa memastikan anak-anak berusia bawah 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial kerana kanak-kanak pada usia itu tidak sesuai untuk menggunaka­n mana-mana media sosial.

“Kepada ibu bapa yang ingin mengambil gambar (anak-anak) dan memuat naik gambar, saya mohon agar berhati-hati.. kita tidak pasti siapa yang akan menyalah guna gambar-gambar itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia